14 Mac 2016


TOPIK 9 (a) KESUSASTERAAN SIBER (Nota  Tambahan)

PANDUAN MENGGUBAH KARYA DI ALAM SIBER

Kaedah S.I.N.T.O.K
S = Semangat  dalam diri dan dalam minda anda mahu berkarya. Anda mahu menajamkan bakat anugerah Ilahi. Anda mahu memanipulasi bahasa. Anda mahu  memartabatkan bahasa dan sastera Melayu di persada global. Anda mahu mengaplikasikan unsur multimedia dalam karya. Anda mahu karya anda dibaca khalayak siber. Semua itu anda Set. Semangat dan Sabar bersatu dalam diri dan minda mahu berkarya di alam Siber.
I = Inisiatif  untuk menghasilkan yang Indah, Intergratif, dan Interaktif.  Anda mahu menggubah/ hasilkan karya yang Inovatif hasil daripada  Ilham yang berkunjung ke rumah minda anda.
N = Nala (berfikir-fikir, timbang-terima). Fikir tema karya, tajuk, kata, frasa/ ungkapan menarik dan bermakna, imej, warna, audio-video, dan tautan yang sesuai (jika berkenaan).
T = Terjemahkan makna aksara, imej atau imajan, warna, audio-video dan tautan. Makna adalah makna kehidupan: manusia dengan diri, Tuhan, alam dan makhluk lain.

O = Olah menjadi suatu karya yang indah.  Karya mempunyai Organisasi; teks dan unsur kesiberan dalam teks.
K = Karya hendaklah Kreatif. Digubah Kemas dan tersemat Kepuasan diri Karya.  Kemudian, setelah Nala, anda terbit, dan Kirim ke jurnal eSastera2u.com untuk tatapan warga marcapada. Akan ada nanti Komen daripada Khalayak siber.   
Oleh:
Azmi Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan