1 Mac 2016








GRADUAN OXFORD MENJUAL IKAN DAN SAYUR

Membaca muka depan akhbar Metro Ahad bertarikh 28 Februari 2016 “Tok Peraih Oxford” menarik minat  saya menulis entri dalam blog Taman Pancaindera. Selalu kita membayangkan graduan mesti bekerja selari dengan ijazah yang dimilikinya, misalnya kalau graduan undang-undang, kerjayanya sebagai peguam dan graduan pendidikan kerjayanya sebagai guru atau pendidik. Apatah lagi graduan produk university tersohor di dunia, misalnya di UK, University of Oxford dan University of Cambridge. Kalau di Amerika Syarikat, pastinya University of Harvard. Graduan produk universiti-universiti tersohor di dunia, apabila pulang ke Malaysia, akan ditawarkan kerjaya yang bersesuaian dan mudah mendapat kerjaya.  Tindakan graduan universiti tersohor itu dikatakan suatu inisiatif bijak dan dijadikan contoh kerana mereka tidak memilih kerjaya. Tambahan pula zaman kini sudah jauh berubah, tidak lagi seperti zaman 1970-an, 1980-an dan 1990-an.  Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa menyatakan bahawa  graduan hendaklah mampu berfikir di luar kotak dan mewujudkan peluang kerjaya atas kreativiti sendiri. Justeru, tidak hairanlah ada graduan yang bekerja sendiri, misalnya menjadi penternak kambing, lembu, kerbau, itik dan  ayam, petani moden, berniaga sendiri sama ada di pasar malam dengan membawa karavan, secara dalam talian, penulis sepenuh masa (tulis novel, skrip filem atau drama), surirumah berijazah sepenuh masa, dan kerjaya yang kemahiran lain. Benarlah zaman sudah jauh berubah. Cara berfikir juga jauh berubah dengan tahap perubahan kreativiti dan inovatif manusia. Masyarakat sekeliling tidak lagi memandang tinggi terhadap mahasiswa di universiti atau yang berada di IPT. Diri mahasiswa hendaklah ditanamkan dengan semangat ingin berdikari dan membangunkan diri dalam usaha menempatkan diri dalam kalangan warga yang berkerjaya dan ada peranan dalam masyarakat.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan