8 Mac 2016


TOPIK 2 FUNGSI, PERANAN DAN KONSEP

1. Fungsi

a. Hiburan/ keseronokan – gelak ketawa, gembira dan senyum sinis. Contoh cerita lucu dan lucah/ erotik.
b. Ekspresi fikir rasa diri – cinta, perjuangan, protes dan ideologi.
c.  Ekspresi kemanusian sejagat/ universal – kezaliman, kelaparan, peperangan, dan bencana alam/ musibah.
d. Didaktik/ pengajaran moral – mendidik jiwa dan peribadi. Contoh pantun dan cerita kanak-kanak. Penyampaian dan penerapan nilai-nilai murni; kerjasama, patriotik, dan kasih sayang.
e. Kritik sosial dan budaya – pengarang hidup dalam lingkungan masyarakat terbuka dan global. Apa yang berlaku menjadi idea cetusan fikir rasa; contoh isu Bersih 2.0, PPSMI, bahasa Melayu, rasuah, salah guna kuasa dan politik wang.
f. Estetik – aspek ini menyentuh soal bahasa dan pemikiran. Kehalusan bahasa yang tersurat dan tersirat menjadi fokus dalam karya. Atas perkiraan bahawa bahasa itu indah dan memberi kesan kepada jiwa pembaca/ pendengar (khalayak).

2.
Peranan

a.  Kesusasteraan merupakan satu daripada cabang budaya manusia; sebagai pelengkap memanusiakan manusia.
b.  Menterjemahkan tamadun sesuatu bangsa – penanda kemajuan bangsa. Setiap bangsa ada kesusasteraannya dalam pelbagai bahasa. Bangsa tanpa sastera?
c.  Sastera tidak dapat dipisahkan dari bahasa; sastera dan bahasa Melayu. Mendalami sastera, sekaligus mendalami bahasa Melayu. Perkembangan sastera, ada kaitan dengan perkembangan bahasa Melayu; dari tradisi lisan, kemudian dipersembahkan dalam bentuk tulisan, dan terkini dipaparkan dalam bentuk elektronik atau disebut sastera siber. Bahasa Melayu turut berkembang di alam siber memunculkan ungkapan ‘bahasa dan Melayu takkan hilang di dunia.’
d.  Input kejiwaan manusia supaya tidak menjadi manusia robot tanpa sentuhan kemanusiaan. Manusia tanpa sastera adalah manusia yang mempunyai pancaindera tetapi ia tidak berfungsi. Manusia yang berjaya memenangi material tetapi kosong pengisian jiwa. Contoh tidak lagi menghargai nilai kasih sayang, dan manusia yang jarang/ sukar menangis. 

KONSEP DALAM ILMU KESUSASTERAAN
 
1. Kesusasteraan - /su/  bahasa Sanskrit bermaksud indah, cantik, molek, dan /sastera/ bermaksud karya yang dihasilkan/ dicipta/ digubah oleh pengarang/ pencipta – dalam bentuk lisan, tulisan dan elektronik
2. Bentuk kesusasteraan – lisan, tulisan dan elektronik
3. Genre – secara mudah jenis karya; puisi dan prosa (lisan, tulisan dan elektronik)
4. Lama – telah wujud dalam jangka masa yang agak lama (sebelum zaman moden)
5. Moden - berkaitan dengan masa kini. Ada kaitan dengan hal baru. Contoh puisi lama (pantun, syair) dan puisi moden (sajak)
6. Puisi – karya sastera yang menekankan unsur perulangan bahasa dan ada muzik bahasa. Berbeza dengan prosa – berupakan karangan yang tidak mementingkan muzik bahasa.
7. Pemikiran – idea/ mesej yang disampaikan oleh pengarang = tema dan persoalan; diri dengan diri, diri dengan manusia, diri dengan Tuhan, diri dengan alam, dan diri dengan haiwan.
8. Tradisi – yang diwarisi atau penerusan daripada nenek moyang; yang lama ada yang menjadi tradisi; sastera dan budaya.
9. Tradisional – yang berkaitan atau bersifat tradisi; sastera tradisional – puisi Melayu tradisional; misalnya pantun, syair, gurindam, dan mantera.
10. Bahasa/ gaya bahasa – manipulasi bahasa oleh pengarang untuk memberi impak estetik terhadap karya. Bahasa yang indah dan berkesan dapat menyentuh jiwa khalayak. Aspek bahasa luas; simile, sinisme, metafora, songsang, personifikasi, perulangan, ellipsis, dan depersonifikasi.
11. Klasik – yang lama diwarisi tetapi mempunyai nilai estetik dan budaya yang tinggi. Contoh karya klasik Melayu – pantun, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.
12. Melayu – terbatas kepada bangsa Melayu di Malaysia. Ruang bangsa Melayu luas; Brunei, Indonesia, Singapura, Selatan Thailand, dan beberapa lokasi di Afrika Selatan.
Teori asal usul Melayu yang masih menjadi diskusi para sarjana dan pengkaji…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan