8 Mac 2016



TOPIK 3, 4 DAN 5 (Bacaan awal)

SASTERA KLASIK MELAYU: PERKEMBANGAN GENRE PUISI DAN PROSA



1. Sastera Rakyat – permulaan tradisi dan rakaman minda dan sosial-budaya
Melayu lama.

a. Makna – sastera lama, sastera mudah/ santai, sastera yang diwarisi, dan sastera lisan. b. Ciri-ciri umum – penyampaian secara lisan, pelbagai bentuk mengikut genre, minda dan perlakuan masyarakat Melayu lama, dan milik kolektif (bukan hak milik peribadi). c. Fungsi umum – hiburan, teladan moral, dan rakaman sosial masyarakat Melayu lama/ tradisional. d. Jenis – mitos, legenda, cerita hantu atau makhluk ghaib, binatang, lipur lara, dan teladan. Asas  cerita: mitos – rekaan atau dongeng untuk tujuan mengangkat martabat diri, dan pencarian asal usul. Legenda – rekaan, dongeng dan fakta; kehebatan dan kepahlawan seseorang tokoh. Cerita hantu – rekaan, fakta, dan dongeng/ karut- marut; kaitan dengan semangat dan spiritual.
Binatang – kiasan, secara tidak langsung, dan menarik disampaikan secara lisan. Cerita jenaka; kiasan dan sindiran terhadap masyarakat Melayu; sifatnya malar segar/ kontemporari. Lipur lara – rekaan, eskapisme (lari dari realiti), melepaskan diri dari bebanan perasaan, khayalan dan fantasi yang luar biasa, kehebatan hero, dan cabaran percintaan. Teladan – cerita rekaan, dan teladan moral untuk kanak-kanak.

2. Sastera pra-Islam (animisme/ Hindu) – jati diri asal Melayu bermula dengan akar animisme, kemudian subur pula campuran Hinduisme. a. genre yang terpengaruh: puisi dan prosa; hikayat, epik, dan panji; menebal pengaruh kitab suci Hindu – Mahabharata dan Ramayana. Puisi: mantera, gurindam, dan pantun (jati diri keMelayuan yang tidak menyerlah budaya animisme dan Hinduisme) – keunikan pantun Melayu – tentang ungkapan kehidupan sebagai manusia seadanya; pemikiran bermasyarakat dan kehidupan diri yang sarat dengan cinta, kasih sayang, dan budi-bahasa. Contoh hikayat: Hikayat Inderaputera, Hikayat Si Miskin, dan cerita-cerita wayang kulit Melayu.

3. Sastera era transisi – Hindu-Islam. Ciri-ciri: menebal Hinduisme, bercampur Islam dalam genre puisi dan prosa. Contoh: karya mantera, panji dan epik. Ada unsur pemujaan, dewa-dewi, penjelmaan, dan penyembahan kepada raja. Misalnya mantera perkasihan, perbomohan, dan buka panggung, juga dalam teks Sejarah Melayu.

4. Sastera pengaruh Islam (Arab dan Parsi) – genre: puisi dan prosa; syair,  Ciri-ciri umum: persoalan akidah Islam, dan Islam sebagai budaya hidup atau cara hidup yang lengkap. Tiada unsur mitos dan dongeng; fakta dan realiti agama; hal-hal kebenaran dalam hidup. Contoh: syair, sastera agama, sastera kitab (fikah, tauhid, tasawuf dan sejarah), hikayat tentang Rasulullah, para nabi, para sahabat, pahlawan agung Islam, dan orang alim. Selain itu, sastera epik, dan sastera ketatanegraan menyerlahkan nilai keislaman. a. Epik – sastera tentang kehebatan tokoh Islam; Hikayat Amir Hamzah b. Ketatanegaraan – hal pemerintahan raja-raja dan para pembesar. Contoh: Tajus Salatin dan Bustanus Salatin (Taman Raja-raja) – teks bermakna sebagai panduan para raja dan pembesar untuk memerintah kerajaan/ negeri/ negara.

Azmi Rahman, SEML, UUM CAS


3 ulasan:

  1. perkongsian yang menarik..terima kasih.

    BalasPadam
  2. maklumat dan info yang berguna sebagai persediaan awal sebelum bermulanya kuliah..
    -Nur Ain Syaqirah Bt Ibrahim- (232897)

    BalasPadam
  3. maklumat yang penting dan berguna tentang perkembangan genre, puisi dan prosa penting kepada kami agar kami dapat mempunyai ilmu pengetahuan yang asas tentang topik sastera klasik Melayu.___Tee Hui Ping 232176

    BalasPadam