18 Julai 2017

MAKALAH 2 SMTCom17 PROSES KREATIF

PROSES KREATIF MENGHAYATI “GURINDAM DUA BELAS,” MEMBENIH ILHAM MENGARANG “GURINDAM ASMAUL HUSNA (99 NAMA ALLAH)”

Mohamad Azmi Bin Ab. Rahman
Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan
Universiti Utara Malaysia
azmi214@uum.edu.my

ABSTRAK
Makalah ini menjelaskan proses kreatif pengarang mengarang “Gurindam Asmaul Husna.”Makalah ini bertitik tolak daripada maksud ayat al-Quran, “Dan Allah memiliki Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah (berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan” (Surah Al-A’raf: 180). Asmaul Husna dijelmakan dan dihayati dalam pelbagai aspek kehidupan manusia muslim sebagai hamba-Nya; Rukun Iman, Rukun Islam, amalan zikir, bacaan dalam solat, lafaz doa solat fardu lima waktu dan solat sunat, misalnya solat Duha dan Taubat. Asmaul Husna ini dapat dikesan manifestasinya sama ada secara tersurat atau tersirat, antaranya Al-Wahid (Yang Maha Esa), Al-‘Adzim (Yang Maha Agong), Al-Ghofur (Yang Maha Pengampun), Al-Qayyum (Yang Maha Berdiri Sendiri), Al-Affuw (Yang Maha Pemaaf) dan Al-Mumit (Yang Maha Mematikan), Al- Aziz dan Al-Jabbar (Allah Yang Maha Kuat/ Perkasa) dan Allah Yang Maha Mengetahui (Al-Alim). Selain itu, persoalan kasih pengarangng manusia terungkap dalam makna nama Allah Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman) dan Ar-Rahim (Allah Yang Maha Penyayang). Berdasarkan proses kreatif pengarang,dapatlah dinyatakan ia bermula daripada ilham, penghayatan al-Quran dan buku-buku berkaitan Asmaul Husna, mengarang dan pemurnian gurindam. Segala yang dilakukan dapatlah dirumuskan sebagai hamba-Nya, lafaz penyataan “..sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk dan kerana Allah Tuhan Yang Menguasai Segala Alam” adalah mutlak benar dan yakin bahawa segala-galanya adalah milik Allah SWT.

 Kata kunci: proses kreatif, Asmaul Husna, Gurindam Dua Belas, Gurindam Asmaul Husna

PENGENALAN
Gurindam sudah dikenali sejak zaman Hindu lagi. Istilah gurindam dikatakan berasal daripada bahasa Tamil, kirandam yang bermaksud perumpamaan. Za’ba (dalam Aripin Said, 1994) menyatakan bahawa gurindam adalah sejenis syair  yang tidak teratur rangkap-rangkap, dan suku katanya tidak tetap. Gurindam dikatakan sebagai sejenis puisi lama sama ada berbentuk terikat atau tidak terikat. Gurindam yang berbentuk terikat terbentuk oleh dua baris serangkap dengan a,a rima hujung baris. Bahasa gurindam pula bernas dan serius. Manakala isi gurindam mengandungi nasihat, didaktik, dan pengajaran moral (Safian Hussain, et al. 1988).

ILHAM DAN MODEL PENCIPTAAN GURINDAM
Jika diteliti, pelbagai pendapat tentang gurindam dikemukakan. Namun model gurindam yang dijadikan panduan pengarang bagi penciptaan dan penggubahan “Gurindam Asmaul Husna (99 Nama Allah)” dan “Gurindam Kehidupan Sebagai Hamba-Nya” (117 rangkap bersmaan 234 baris) adalah “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji (2003) yang diangkat sebagai sebuah karya agung atau adikarya Melayu. “Gurindam Dua Belas” terbina oleh 82 rangkap bersamaan 164 baris. Istilah gurindam sebagai suatu istilah yang diterima umum adalah berdasarkan “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji yang dikarang sekitar tahun 1846 (Harun Mat Piah, 1989). Menurut Raja Ali Haji, gurindam gurindam terbentuk  dua baris yang sejajar atau berpasangan; baris pertama dianggap syarat (protasis), dan baris kedua sebagai jawab (apodosis). Antara ciri-ciri khusus gurindam, adalah:  a. bentuknya bebas, dan tidak terikat dari segi rangkap atau larik, b. bentuk yang terikat iaitu dua baris serangkap dengan mengambil kira model “Gurindam Dua Belas” yang berskema rima sama hujung baris, c. mempunyai ciri-ciri puisi tradisional, misalnya rima antara baris-baris sejajar atau terdapat unsur  aliterasi atau asonansi dalam setiap baris, d. isi gurindam terungkap hal  yang benar, serius atau perasaan yang berat, dan d. fungsi gurindam bukan dalam maksud bercerita seperti dalam prosa, seloka, mantera, dan teka-teki (Harun Mat Piah, 1989).

Mengimbau pada zaman persekolahan, semasa mengambil subjek kesusasteraan Melayu di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan (STP), pengarang membaca “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji. Kemudian, semasa mengikuti kursus sastera tradisional Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pengarang pernah mendalami dan mengkaji gurindam sebagai satu daripada genre puisi Melayu tradisional.  Kemudian apabila pengarang mengajar subjek kesusasteraan Melayu sebagai kursus minor Bahasa Melayu di Universiti Utara Malaysia,  “Gurindam Dua Belas” menjadi antara bahan kajian pelajar dari aspek bahasa dan pemikiran.  Pengarang kagum dengan isi dan bahasa gurindam itu apabila mengkaji setiap fasa atau fasa demi fasa; Fasa yang pertama  hingga fasa yang kedua belas. Selain itu, pengarang juga menyiapkan ulasan lengkap makna setiap rangkap “Gurindam Dua Belas.” Apabila pengarang bersama eSastera, sebagai medan sastera siber yang membuka, dan memberi ruang untuk pelbagai genre karya sastera siber, pengarang mengarang dan menggubah gurindam siber di komuniti atau seksyen puisi Melayu tradisional.

Kembara sastera siber pengarang berterusan. Pengarang menyimpan semangat dan azam dalam hati mahu mengarang gurindam panjang yang terilham daripada “Gurindam Dua Belas.” Pengarang memikirkan subjek untuk gurindam siber yang paling hampir di dalam diri pengarang adalah 99 nama Allah SWT.  Pengarang memikirkan banyak nama Allah SWT yang sekian lama pengarang jadikan amalan. Sejak sekolah menengah atas, pernah ustaz yang mengajar subjek sejarah Islam, ustaz Abdullah Al-Qari (2012) berpesan kepada anak-anak muridnya bacalah dengan yakin nama Allah, Ya Nur supaya Allah memberi  ingatan yang kuat, dan tidak mudah lupa kerana Allah Yang Maha Bercahaya.  Nama-nama Allah SWT yang memang sebati menjadi amalan pengarang, antaranya  adalah Ya Allah, Ya Rahman, Ya Awwal, Ya Rahim, Ya Waliy, Ya Sobur, Ya Musawwir, Ya Razzaq, Ya Mutakabbir, Ya Salam, Ya Karim, Ya Raqib, dan Ya Muhyi. Setiap nama Allah SWT ini ada fadilat tersendiri. Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. Seterusnya, pengarang masih menghayati, dan menyelami rahsia 99 nama Allah SWT yang tidak terjangkau akal manusia. Selain itu, siri bengkel dan ceramah tentang Asmaul Husna yang disampaikan oleh Dr. Wan Maseri Bt. Wan Mohd. di  Universiti Utara Malaysia (UUM) banyak memberi manfaat dalam usaha pengarang mengarang gurindam ini dan pengalaman harian. Pengarang bertambah yakin dengan firman Allah yang bermaksud; “Allah SWT memiliki nama-nama yang indah, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyeru nama-Nya itu.” (Surah al-A’raf: ayat 180). 

Benarlah pernyataan bahawa Asmaul Husna merupakan nama-nama Allah Yang Maha Indah yang hanya milik Allah SWT. Nama-nama Allah bukan sekadar nama tetapi mempunyai khasiat atau fadilat yang menjadi amalan (Akmal Muhammad Zain, 2010). Pengarang masih lagi mentelaah buku-buku tentang Asmaul Husna; misalnya selepas selesai mengarang “Gurindam Asmaul Husna” pengarang  mentelaah buku kajian oleh Akmal Muhammad Zain (2010), Adil Akhya (2010),  Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari (2011), dan Hassan Mia (2012). Buku-buku ini mengemukakan tafsiran dan huraian makna nama-nama Allah yang disokong oleh dalil ayat-ayat al-Quran.

PENGABDIAN DIRI HANYA UNTUK DAN KERANA ALLAH SWT
Meneliti, menghayati dan memahami apa jua teks sastera dalam pelbagai genre dan diri pengarang atau pengkarya (penyair, cerpenis, novelis, penulis skrip atau penulis lirik) sebenarnya sebagai hamba-Nya pasti memanifestasikan sama ada secara tersurat atau tersirat Asmaul Husna (Nama-nama Allah Yang Terbaik) dalam setiap perlakuan hidup hamba-Nya; ibadah solat wajib dan sunat serta doa yang dipohon kepada Allah SWT. Malahan asas pegangan dan keyakinan yang kukuh berkaitan Asmaul Husna adalah berdasarkan wahyu Allah dalam al-Quran yang diterjemahkan maksudnya: “Dan Allah memiliki Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah (berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan” (Surah Al-A’raf: 180).

Rukun Iman dan Rukun Islam menjadi dasar seseorang hamba-Nya yang beragama Islam ada kaitan erat dengan Asmaul Husna.  Rukun Iman terkandung enam perkara, iaitu beriman kepada Allah SWT, para malaikat, kitab-kitab Allah, para Rasul Allah, Hari Kiamat atau Akhirat dan Qadak dan Qadar (ketentuan Allah). Manakala Rukun Islam pula lima perkara, iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah, mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa pada bulan Ramadan, dan menunaikan ibadah Haji. Selain itu, Asmaul Husna dan penyataan mulia seorang hamba Allah diungkapkan dalam lafaz doa Iftitah bermaksud: “Allah Maha Besar lagi Sempurna Kebesaran-Nya. Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Sesungguhnya wajahku kuhadapkan kepada Zat yang menciptakan langit dan bumi, kuhadapkan dengan lurus serta pasrah diri dan aku bukan golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk dan kerana Allah Tuhan Yang Menguasai Segala Alam. Tidak ada yang menyekutukan-Nya dan aku dari golongan orang Islam” (Fatihuddin Abul Yasin, 2013, h. 77-78).

Jika dihayati doa solat Taubat, termaktub pengakuan syahadah dan beberapa Asmaul Husna, misalnya Al-Wahid (Yang Maha Esa), Al-‘Adzim (Yang Maha Agong), Al-Ghofur (Yang Maha Pengampun), Al-Qayyum (Yang Maha Berdiri Sendiri), Al-Affuw (Yang Maha Pemaaf) dan Al-Mumit (Yang Maha Mematikan). Terjemahan doanya adalah “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu dan hamba pasti menurut ketentuan-Mu, dan janji-janji-Mu sesuai keampunanku. Aku minta penjagaan-Mu dari buruknya segala perbuatanku. Aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui dengan dosaku. Aku memohon keampunan kepada-Mu Allah Yang Maha Agong, yang tiada Tuhan kecuali Dia. Dia Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya iaitu akan kesengsaraan dan kemanfaatannya tidak boleh menguasai hidup matinya dan tidak boleh menguasainya lagi sesudah mati” (Fatihuddin Abul Yasin, 2013, h.183-184).
Jika kita menghayati doa solat Duha, jelaslah Asmaul Husna yang dijelmakan dan diserahkan kepada Allah SWT segala-galanya. Terjemahan doanya adalah seperti berikut:

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Menguasai Segala Alam. Ya Allah, sesungguhnya waktu Duha ini adalah waktu Duha-Mu, keindahan ini adalah keindahan-Mu, kecantikan ini adalah kecantikan-Mu, kekuatan ini adalah kekuatan-Mu, kekuasaan ini adalah kekuasaan-Mu dan perlindungan ini adalah perlindungan-Mu. Ya Allah, seandainya rezekiku masih berada di langit, Kau turunkanlah ia. Seandainya ia berada di dalam bumi, Kau keluarkanlah ia. Seandainya ia sukar, Kau permudahkanlah ia. Seandainya ia dalam keadaan haram, Kau sucikanlah. Seandainya ia jauh, maka dekatkanlah yang semuanya dengan waktu Duha-Mu, keagongan-Mu, keindahan-Mu, kecantikan-Mu, kekuatan-Mu, dan kekuasaan-Mu, Ya Allah, semoga Engkau memberikan sesuatu kepadaku sebagaimana Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Tuhan kami, berilah kami kebaikan dunia, kebaikan akhirat dan jauhkanlah kami dari seksa api neraka. Dan Allah tetap mencurahkan kesejahteraan dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW kepada keluarga dan para sahabatnya. Dan segala puji untuk Allah, Tuhan yang menguasai segala alam” (Fatihuddin Abul Yasin, 2013, h. 160-161).

Dalam doa solat Duha, Asmaul Husna yang dimanifestasikan, misalnya Al-Wahhab (Yang Maha Pemberi), Al-Ghoniy (Yang Maha Kaya), Ar-Razzaq (Yang Maha Pemberi Rezeki), Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), Ar-Rahim (Yang Maha Penyayang) dan Al-Malik (Yang Maha Berkuasa).

KESIMPULAN
Proses kreatif mengarang “Gurindam Asmaul Husna” berjumlah  102 rangkap bersamaan  204 baris adalah suatu proses yang panjang iaitu hampir dua tahun yang semakin mendekatkan diri pengarang sebagai hamba-Nya kepada Allah Yang Maha Esa. Tahap-tahap proses kreatif sebagai pengarang dilalui, iaitu pramengarang, mengarang dan pascamengarang (Azmi Rahman, 2016). Namun dalam setiap aktiviti tahap-tahap itu, bermula daripada ilham atau idea, mengarang, dan pascamengarang atau pemurniaan karya adalah atas izin-Nya dan alur kehidupan ini adalah dalam agenda-Nya. Justeru, Asmaul Husna (99 Nama Allah) membuktikan bahawa sebagai hamba, “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada  segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Sekali-sekali tidak. Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas apabila melihat dirinya serba cukup. Sungguh hanya kepada Tuhanmulah tempat kembalimu…. (Al-‘Alaq: Ayat 1-7).


RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid, Harun Jaafar, Mohd. Rosli Saludin & Talib Samat. (2003). Kamus  teras sastera. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Abdul Shukor. (2011). Rahsia & khasiat Bismillah: Dilengkapi 99 nama-nama Allah Asmaul        Husna. Puchong: Jasmin Publications.
At-Thayyib: Al-Quran tranliterasi per kata dan terjemah per kata. (2012). Kota Bekasi: Cipta        Bagus Segara.
Adil Akhya. (2010). Kuasa ajaib Asmaul Husna. Johor Bharu: Pustaka Azhar.
Akmal Muhammad Zain. (2010). Zikir Asma’al Husna & fadhilatnya. (cetakan keempat). Kuala    Lumpur: Al-Hidayah Publications.
Ali Akhbar Osman. (2010). Asmaul Husna 99 nama Allah: Makna dan khasiat (cetakan    keenam). Batu Caves: Al-Hidayah.
Azmi Rahman. (2016). Sastera siber: Penciptaan & apresiasi puisi siber. Sintok: UUM Press.
Fadzil Hj. Ahmad. (1986). Hidup beribadat. Alor Setar: Suriati Enterprise.
Fatihuddin Abul Yasin. (2013). Panduan solat dan solat-solat sunat. Batu Caves: Al-Hidayah     Publication.
Gurindam Dua Belas gubahan Raja Ali Haji. (2003). Pekanbaru: Unri Press Pekanbaru.
Hassan Mia. (2012). Zikir Asma ul Husna: 99 nama Allah cahaya penawar, pelindung &   pencapai hasrat keperluan harian. (cetakan keenam). Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Haikal H.Habibillah Al-Jabaly. (2014). Mukjizat Asmaul Husna atasi segala masalah harian.         (terjemahan). Nabilah Abd. Jalil. Batu Caves: Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya hidup bersyariat: Modul        fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru       Sdn. Bhd.
Mohamad Azmi Bin Ab Rahman. (2016). Manifestasi dan penghayatan Asmaul Husna dalam       diri pengkarya dan karya sastera. International Seminar UUM-UMSIDA, 25-26 Oktober          2016, di Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari. (2011). Asma’ al husna dan modal insan. Kuala       Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd. Safian Zakaria. (2010). Mukjizat zikir-zikir Asmaul Husna. Batu Caves: Al-Risalah             Product Sdn. Bhd.
Nik Abdul Aziz Nik Mat. (2015). Asmaul Husna: Dengan nama-Mu aku hidup. Sungai Buluh:     Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Ibnu Abdullah Aliman. (2012). Berhenti merokok dengan Asmaul Husna. Batu Caves: Al-            Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya hidup bersyariat: Modul       fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru       Sdn. Bhd.
Raja Ali Haji. (2003). Gurindam Dua Belas gubahan Raja Ali Haji. (2003). Pekanbaru: Unri   Press Pekanbaru.
Raflis Sabirin. (2014). Senaman tauhid & Asmaul Husna. Batu Caves: Pustaka Al-Ehsan.
Ria Asmira. (2015). Sebentar di sini. Kuala Lumpur: ITBM.
Siti Ramzani Rahman. (2009). Hikmah 99 nama-nama Allah (Asmaul Husna). Puchong: Berlian   Publications Sdn. Bhd.
Sulaiman Alkumayi. (2012). Kecerdasan berasaskan Asmaul Husna (cetakan keenam). BatuCaves: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Syahrin Jasah. (1998). Asmaul ul Husna: Rahsia & amalan 99 nama Allah. (cetakan kelima) Kuala Lumpur: Penerbit Darul Nu’man.
Sya’rawi Al-Qurtubi. (2017). The magnificence Asmaul Husna: Menyelami pelbagai rahsia di       sebalik 99 nama-nama Allah dari segi pengubatan dan kekuatan rohani. Suhendri     Iriandi. Penterjemah. Puchong: Pustaka Ibnu Katsir Sdn. Bhd.
Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran (30 juz). (1995). Kuala Lumpur:             Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
 Wan Maseri Bt Wan Mohd dan Ramlan Bin Razali. (t.t). 99 sifat mulia berasaskan Asmau Husna. (t.p).
Wan Maseri. (2010). Asmaul Husna: Atas nama-Mu aku merintih. (cetakan keempat). Kuala         Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.
Wan Maseri Bt Wan Mohd. (t.t). Penjagaan kesihatan melalui penghayatan Asmaul Husna. (t.p).
Wan Maseri Bt. Wan Mohd. (t.t). Ke arah solat yang lebih khusyuk dengan penghayatan Asmaul Husna. (t.p).
 Wan Maseri Bt. Wan Mohd. (t.t). Penghayatan Asmaul Husna di sepanjang bulan Ramadan.      (t.p).
Wan Maseri Bt Wan Mohd dan Abd. Latiff bin Abdul Haliff. (2013). Energi Asmaul Husna dalam pekerjaan (cetakan kedua). Kuantan: Three I Training and Consultancy.
 99 nama-nama  Allah. (1990). Kuala Lumpur: FAR Publishing.
Zakaria Bin Abdul Rashid. (2015). Penghayatan Asmaul Husna dalam novel Tuhan Lebih             Saintifik. Projek Sarjana Sastera Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari. Sintok: PusatPengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (tidak diterbitkan).
Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh (‘A.Q.HA.S). (2012). Atasi sakit anda dengan 63 penyembuhan    sampingan. Batu Caves: Al-Hidayah Publication.
Arifin Nur. (1971). Kesusasteraan lama Melayu. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
Arifin Said. (1994). Puisi warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
At-Thayyib: Al-Quran tranliterasi per kata dan terjemah per kata. (2012). Kota Bekasi: Cipta        Bagus Segara.
Adil Akhya. (2010). Kuasa ajaib Asmaul Husna. Johor Bharu: Pustaka Azhar.
Akmal Muhammad Zain. (2010). Zikir Asma’al Husna & fadhilatnya. (cetakan keempat). Kuala    Lumpur: Al-Hidayah Publications.
Ali Akhbar Osman. (2010). Asmaul Husna 99 nama Allah: Makna dan khasiat (cetakan    keenam). Batu Caves: Al-Hidayah.
Fadzil Hj. Ahmad. (1986). Hidup beribadat. Alor Setar: Suriati Enterprise.
Gurindam Dua Belas gubahan Raja Ali Haji. (2003). Pekanbaru: Unri Press Pekanbaru.
Hassan Mia. (2012). Zikir Asma ul Husna: 99 nama Allah cahaya penawar, pelindung &   pencapai hasrat keperluan harian. (cetakan keenam). Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Haikal H.Habibillah Al-Jabaly. (2014). Mukjizat Asmaul Husna atasi segala masalah harian.         (terjemahan). Nabilah Abd. Jalil. Batu Caves: Al Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid. (2009). Indahnya hidup bersyariat: Modul        fardu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Kuala Lumpur: Telaga Biru       Sdn. Bhd.
Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari. (2011). Asma’ al husna dan modal insan. Kuala       Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd. Safian Zakaria. (2010). Mukjizat zikir-zikir Asmaul Husna. Batu Caves: Al-Risalah             Product Sdn. Bhd.
Nik Abdul Aziz Nik Mat. (2015). Asmaul Husna: Dengan nama-Mu aku hidup. Sungai Buluh:     Kemilau Publika Sdn. Bhd.
Fatihuddin Abul Yasin. (2013). Panduan solat dan solat-solat sunat. Batu Caves: Al-Hidayah     Publication.
Ibnu Abdullah Aliman. (2012). Berhenti merokok dengan Asmaul Husna. Batu Caves: Al-            Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd.
Raflis Sabirin. (2014). Senaman tauhid & Asmaul Husna. Batu Caves: Pustaka Al-Ehsan.
Ria Asmira. (2015). Sebentar di sini. Kuala Lumpur: ITBM.
Siti Ramzani Rahman. (2009). Hikmah 99 nama-nama Allah (Asmaul Husna). Puchong: Berlian   Publications Sdn. Bhd.
Sulaiman Alkumayi. (2012). Kecerdasan berasaskan Asmaul Husna (cetakan keenam). Batu Caves: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Syahrin Jasah. (1998). Asmaul ul Husna: Rahsia & amalan 99 nama Allah. (cetakan kelima). Kuala Lumpur: Penerbit Darul Nu’man.
Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran (30 juz). (1995). Kuala Lumpur:             Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
 Wan Maseri Bt Wan Mohd dan Ramlan Bin Razali. (t.t). 99 sifat mulia berasaskan AsmaulHusna. (t.p).
Wan Maseri. (2010). Asmaul Husna: Atas nama-Mu aku merintih. (cetakan keempat). Kuala         Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.
Wan Maseri Bt Wan Mohd. (t.t). Penjagaan kesihatan melalui penghayatan Asmaul Husna. (t.p).
Wan Maseri Bt. Wan Mohd. (t.t). Ke arah solat yang lebih khusyuk dengan penghayatan Asmaul Husna. (t.p).
 Wan Maseri Bt. Wan Mohd. (t.t). Penghayatan Asmaul Husna di sepanjang bulan Ramadan.      (t.p).
Wan Maseri Bt Wan Mohd dan Abd. Latiff bin Abdul Haliff. (2013). Energi Asmaul Husna  dalam pekerjaan (cetakan kedua). Kuantan: Three I Training and Consultancy.
 99 nama-nama  Allah. (1990). Kuala Lumpur: FAR Publishing.
Zakaria Bin Abdul Rashid. (2015). Penghayatan Asmaul Husna dalam novel Tuhan Lebih Saintifik. Projek Sarjana Sastera Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari. Sintok: Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (tidak
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Kuala       Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewana Bahasa dan Pustaka.
Rahman Shaari. (2001). Bimbingan istilah sastera. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah & Suhaimi Hj.Muhamad. (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan    Pustaka.

LAMPIRAN A
“Allah Taala memiliki nama-nama yang indah, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyeru nama-nama-Nya itu, dan tinggalkan orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran dalam (menyebut) nama-Nya itu. Kelak mereka akan mendapat balasan daripada apa yang mereka kerjakan” (Al- A’raf: Ayat 180).

GURINDAM ASMAUL HUSNA
(99 NAMA ALLAH)


Lafaz yakin nama-nama Allah,
Iman diri tidaklah terbelah.

Nama-nama Allah Maha Indah,
Amalkan banyaklah mendapat faedah.

Barang siapa menyebut Ya Allah,
Diri tidaklah mudah mengalah.

Barang siapa menyebut Ya Rahman,
Kelak rezeki berlimpah-limpahan.

Barang siapa menyebut Ya Rahim,
Kasih pengarangng bertambah subur lagi intim.

Barang siapa menyebut Ya Malik,
Kuasa Allah bumi ini boleh terbalik.

Barang siapa menyebut Ya Quddus,
Eloklah kerja betul-betul serius.

Barang siapa menyebut Ya Mukmin,
Amanlah diri Allah jamin.

Barang siapa menyebut Ya Muhaimin,
Allah melindungi, diri terjamin.

Barang siapa menyebut Ya Aziz,
Bijaklah diri jadi tamyiz.

Barang siapa berzikir  Ya Jabbar pagi dan petang,
Hamba-Mu yang zalim Allah yang tentang.

Barang siapa membaca Ya Mutakabbir bersungguh-sungguh,
Akan tunduklah hamba-Nya yang angkuh.

Barang siapa membaca Ya Khaliq penuh sabar,
Allah bawa hamba-Nya ke jalan benar.

Barang siapa membaca Ya Bari yang banyak khasiat,
Allah sembuh penyakit, jadi sihat walafiat.

Barang siapa membaca Ya Musawwir beratus-ratus  kali,
Apa jua yang dikerjakan akan menjadi.

Barang siapa membaca Ya Ghaffar 100 kali dengan tekun,
Insya-Allah dosanya Allah akan ampun.

Barang siapa membaca Ya Qahhar dengan sematkan  hajat,
Kehendak Allah tersemat yakin dalam bermunajat.

Barang siapa membaca Ya Wahhab setiap hari,
Kekayaan, kehebatan dan kebesaran Allah beri.

Barang siapa berzikir 10 kali Ya Razzaq selepas solat,
Moga segala rezeki diperolehi penuh berkat.

Barang siapa membaca Ya Fatah 71 kali selepas solat subuh,
Akan berolehlah kemenangan Allah penuh seluruh.

Barang siapa membaca Ya Alim 100 kali setiap hari,
Ilmu makrifat dan kasyaf Allah akan beri.

Barang siapa membaca Ya Qabidh dengan niat kudus,
Orang yang zalim akan Allah hapus.

Barang siapa berzikir dengan Ya Basith penuh keyakinan,
Akan diluaskan rezeki, ilmu dan terbuka pintu kejayaan.

Barang siapa baca 1000 kali Ya Khafidh dengan bersungguh,
Akan Allah tundukkan segala musuh.

Barang siapa membaca Ya Rafi setiap waktu malam,
Kuasa Allah, hamba-Nya tidak berada dalam kelam.

Barang siapa membaca Ya Muizz, mohon pertolongan-Nya,
Dengan kehendak Allah, diangkat  jadi insan mulia.

Barang siapa berzikir  Ya Muzillu 75 kali,
Siapa yang mahu khianati Allah akan jauhi.

Barang siapa membaca Ya Sami mohon doa kepada Allah,
Moga Allah makbul doa dengan jalan mudah.

Barang siapa selalu baca Ya Basir setiap hari,
Allah melihat segala yang Dia miliki.

Barang siapa baca Ya Hakam  yang ada khasiatnya,
Tiada siapa dapat menolak apa jua keputusan-Nya.

Barang siapa membaca Ya Adil beratus-ratus kali,
Akan jadilah dia adil dan bersimpati.

Barang siapa membaca Ya Latif sesungguh hatinya,
Akan tercapailah dan berjaya urusannya.

Barang siapa membaca Ya Khabir dengan khusyuk,
Akan terhenti dia dari sifat yang buruk.

Barang siapa membaca Ya Halim berterusan,
Akan lebih baik pangkat dan kedudukan.

Barang siapa berzkir dengan Ya Azim berulang kali,
Moga kebesaran dan kemuliaan diperolehi.

Barang siapa beramal dengan Ya Ghafur dengan bersungguh,
Segala penyakit dan masalah akan sembuh.

Barang siapa beramal Ya Syakur dengan penuh hati,
Apa jua balasan Allah akan beri.

Barang siapa membaca Ya Aliy dan faham maksudnya,
Hanya Allah mengetahui segala-galanya.

Barang siapa mengamalkan Ya Kabir dengan cekal,
Kebesaran Allah tak terjangkaukan akal.

Barang siapa membaca Ya Hafiz bermaksud Maha Pemelihara,
Hendaklah jaga apa yang diberi-Nya dan janganlah binasa.

Barang siapa berzikir dengan Ya Muqit berulang-ulang kali,
Apa yang Allah beri berasa mencukupi.

Barang siapa membaca 70 kali Ya Hasib selama tujuh malam,
Hilanglah rasa takut, dan sesiapa yang berdendam.

Barang siapa membaca Ya Jalil dengan kesungguhan,
Kuasa Allah mengangkat keluhuran.

Barang siapa membaca Ya Karim mohon berkat,
Akan mulia diri di dunia dan di akhirat.

Barang siapa berzikir dengan Ya Raqib sepenuh hati,
Pasrahlah Dia Yang Maha Mengawasi.

Barang siapa berdoa dengan Ya Mujib mohon keberkatan,
Maka Allah Maha Berkuasa dan hajat dikabulkan.

Barang siapa berzikir dengan Ya Wasi berkali-kali,
Perolehilah banyak anugerah dan murahlah rezeki.

Barang siapa banyak baca Ya Hakim setiap hari,
cerdas minda dan teranglah hati.

Barang siapa membaca Ya Wadud 1000 kali,
Kekal dan amakn bahagia suami-isteri.

Barang siapa menyebut Ya Majid sepenuh hati,
Tingkat kemuliaan tinggi Allah beri.

Barang siapa membaca Ya Baits 100 kali,
Akan rasa kagum kekuasaan Allah beri.

Barang siapa membaca Ya Syahid terhadap anak nakal,
Itulah penawar, dan jauhilah sebarang tangkal.

Barang siapa membaca Ya Haq setiap hari,
Bertambah dan kuatlah iman di hati.

Barang siapa jadi Ya Wakil amalan harian,
Terselamatlah diri dari  bencana dan ancaman.

Barang siapa lemah badan dan lemah cita-citanya,
Bacalah Ya Qawiy sebanyak mungkin adanya.

Barang siapa menyedari kekuatan Allah akan berikan,
Ya Matin hendaklah jadikan amalan harian.

Barang siapa membaca Ya Waliyy dengan rendah diri,
Perjalanan hidup akan Allah lindungi.

Barang siapa banyak membaca Ya Hamid selepas solat,
Dengan berkat Allah akan ditingkatkan darjat.

Barang siapa membaca Ya Muhsi 1000 kali setiap hari,
Insya-Allah mendapat kemudahan pada hari berhisab nanti.

Barang siapa membaca Ya Mubdi, puji segalanya Allah cipta,
Insya-Allah bertambahlah apa jua harta.

Barang siapa membaca Ya Mu’id berulang-ulang,
Akan kembalilah barang-barang yang hilang.

Barang siapa membaca Ya Muhyi dengan yakin setiap hari,
Dikeluarkan segala penyakit dalam badan yang dihidapi.

Barang siapa membaca Ya Mumit sebanyak-banyaknya,
Insya-Allah akan gagal niat jahat musuhnya.

Barang siapa banyak membaca Ya Hayyu,
Akan panjang umur, Allah Maha Tahu.

Barang siapa banyak membaca Ya Qayyum,
Akan dihormati orang dengan rasa kagum.

Barang siapa selalu menyebut Ya Wajid pada makanan,
Cinta di hatinya Allah akan kuatkan.

Barang siapa membaca Ya Majid 400 kali setiap hari,
Tajamlah ingatan, dan teranglah hati.

Barang siapa membaca Ya Wahid berulang kali ketika seorang diri,
Akan bebas dari ketakutan dan apa jua yang membelenggui.

Barang siapa banyak membaca Ya Ahad setiap masa,
Kelak mudahlah mendapat cahaya mata.

Barang siapa membaca Ya Shamad dengan yakin  di hati,
Akan dikabulkan Allah apa yang dihajati.

Barang siapa berasa lemah badan atau jiwa,
Bacalah Ya Qadir, kekuatan akan diberikan-Nya.

Barang siapa membaca 100 kali Ya Muqtadir selepas bangun tidur,
Akanlah mendapat taufik yang Allah telah atur.

Barang siapa membaca Ya Muqaddim 184 kali setiap hari,
Usaha dan kejayaan dicapai Allah berkati.

Barang siapa banyak  membaca Ya Mu’akhir dengan yakin,
Pintu taufik hidayat, dan taubat Allah bukakan.

Barang siapa membaca Ya Awwal sebelum memulakan kerja,
Akan segala kerja sempurna dapat dilaksana.

Barang siapa membaca Ya Akhir setiap selepas solat lima waktu,
Allah akan buka pintu rezeki di mana-mana penjuru.

Barang siapa membaca Ya Zahir selepas solat Jumaat,
Teranglah hatinya, dan Allah akan memberi berkat.

Barang siapa membaca Ya Batin 33 kali setiap hari,
Banyaklah ilmu yang jarang dimiliki manusia, Allah beri.

Barang siapa membaca Ya Wali, hembus nafas dalam rumah,
Selamatlah rumahnya dari dilanda musibah.

Barang siapa banyak membaca Ya Muta’ali,
Allah akan angkat darjatnya lebih tinggi.

Barang siapa jadikan Ya Barr amalan harian,
Akan selamatlah setiap perjalanan.

Barang siapa membaca Ya Tawwab untuk dijadikan ubat,
Akan mudah kembali ke jalan-Nya dan reda bertaubat.

Barang siapa membaca Ya Muntaqim jadi amalan lazim,
Insya-Allah selamat dari khianat atau aniaya orang zalim.

Barang siapa banyak membaca Ya ‘Afuww setiap hari,
Segala dosanya diampuni Ilahi.

Barang siapa membaca Ya Rauf dengan hati yang bersih,
Tiada apa lagi dengan berkat Allah akan kasih.

Barang siapa membaca Ya Malikul Mulk 212 kali sehari,
Allah beri kekayaan, dan harta pula dilindungi.

Barang siapa membaca Ya Zul Jalali Wal Ikram berserta usaha,
Apa dibuat berserta doa diri akan berjaya.

Barang siapa membaca Ya Muqsit setiap hari,
Penyakit was-was dan gangguan syaitan akan terhindari.

Barang siapa membaca Ya Jami’ berulang-ulang,
Anak yang jauh menghilang akan pulang.

Barang siapa membaca Ya Ghani 1000 kali pada badan yang sakit,
Ketentuan Allah sembuhlah apa jua penyakit.

Barang siapa membaca Ya Mughni banyak-banyak dalam hati,
Si suami baca, akan dipengarangngilah si isteri.

Barang siapa membaca Ya Mani’ dengan rasa Allah dekat,
Akan terhindarlah diri dari segala mudarat.

Barang siapa membaca Ya Dhar dengan sungguh-sungguh,
Penyakit lama yang dihidapi, Allah akan sembuh.

Barang siapa membaca Ya Nafi dengan penuh yakin kepada Allah,
Cinta suami dan isteri akan bertambah.

Barang siapa mengamalkan Ya Nuur dengan sungguh-sungguh,
Makrifat Allah akan diperolehi dengan penuh.

Barang siapa membaca Ya Hadi ketika sesat di mana-mana,
Allah akan beri petunjuk supaya kembali ke jalan asalnya.

Barang siapa membaca 70,000 kali Ya Badi mohon hajat,
Tiadalah hajatnya Allah akan sekat.

Barang siapa mengamalkan dengan yakin Ya Baqi,
Insya-Allah kegagalan akan dihindari.

Barang siapa banyak berwirid dengan Ya Waris,
Moga aman damai hidup sedia tertulis.

Barang siapa banyak berzikir dengan Ya Rasyid,
Jadilah hamba-Nya yang mursyid.

Barang siapa mengamalkan Ya Sobur,
Jauhilah hamba-Nya dari sifat takbur.

Demikianlah gurindam ini hamba karang,
Barang pastinya ada yang terkurang.

Azmi Rahman
Jitra – Sintok – Kota Bharu – Kuala Muda
2012 – 04 Januari 2014 (Jumaat)
bersamaan 21 Safar 1434 Hijrah siap terkaranglah gurindam

LAMPIRAN
ASMAUL HUSNA dan Makna

Allah. Yang menciptakan sekalian makhluk daripada tiada menjadi ada.
Ar-Rahman. Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahim.  Yang Maha Penyayang.
Al-Malik. Yang Maha Merajai.
Al-Quddus. Yang Maha Suci.
As-Salam. Yang Maha Menyelamat.
Al-Mu’min. Yang Maha Pemelihara Keamanan.
Al-Muhaimin. Yang Maha Memelihara.
Al-Aziz. Yang Maha Mulia.
Al-Jabbar. Yang Maha Perkasa.
Al-Mutakabbir. Yang Maha Megah.
Al-Khaliq. Yang Maha Pencipta.
Al- Bari. Yang Maha Pembuat.
Al-Musawwir. Yang Maha Pembentuk.
Al-Ghaffar. Yang Maha Pengampun.
Al-Qahhar. Yang Maha Menguasai.
Al-Wahhab. Yang Maha Pemberi.
Ar-Razzaq. Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al-Fattah. Yang Maha Membukakan.
Al-‘Alim. Yang Maha Mengetahui.
Al-Qabidh. Yang Maha Penggenggam.
Al-Basith. Yang Maha Meluaskan.
Al-Khafidh. Yang Maha Menjatuhkan.
Ar-Rafi’. Yang Maha Meninggikan.
Al-Mu’izz. Yang Maha Memuliakan.
Al-Muzil. Yang Maha Menghinakan.
As-Sami’. Yang Maha Mendengar.
Al-Basir. Yang Maha Melihat.
Al-Hakim. Yang Maha Menetapkan Hukum.
Al-Adil. Yang Maha Adil.
Al-Latif. Yang Maha Halus/ Lembut
Al-Khabir. Yang Maha Bijaksana.
Al-Halim. Yang Maha Penyantun/ Penyabar.
Al-Azim. Yang Maha Agong.
Al-Ghafur. Yang Maha Pengampun.
As-Syakur. Yang Maha Mensyukuri.
Al-‘Aliy. Yang Maha Tinggi.
Al-Khabir. Yang Maha Besar.
Al-Hafiz. Yang Maha Pemelihara.
Al-Muqit. Yang Maha Mencukupkan.
Al-Hasib. Yang Maha Penjamin.
Al-Jalil. Yang Maha Luhur.
Al-Karim. Yang Maha Pemurah.
Ar-Raqib. Yang Maha Mengawasi.
Al-Mujib. Yang Maha Mengabulkan.
Al-Wasi. Yang Maha Luas.
Al-Hakim. Yang Maha Bijaksana.
Al-Wadud. Yang Maha Mencintai.
Al-Majid. Yang Maha Mulia.
Al-Ba’its. Yang Maha Membangkitkan.
As-Syahid. Yang Maha Menyaksikan.
Al-Haq. Yang Maha Benar/ Hak.
Al-Wakil. Yang Maha Memelihara.
Al-Qawiy. Yang Maha Kuat.
Al-Matin. Yang Maha Teguh.
Al-Waliyy. Yang Maha Melindungi.
Al-Hamid. Yang Maha Terpuji.
Al-Muhsi. Yang Maha Menghitung.
Al-Mubdi. Yang Maha Memulai.
Al-Mu’id. Yang Maha Mengulangi.
Al-Muhyi. Yang Maha Menghidupkan.
Al-Mumit. Yang Maha Mematikan.
Al-Hayyu. Yang Maha Hidup.
Al-Qayyum. Yang Maha Berdiri Sendiri.
Al-Wajid. Yang Maha Mendapatkan.
Al-Majid. Yang Maha Luas Kemuliaan.
Al-Wahid. Yang Maha Esa.
Al-Ahad. Yang Maha Esa.
As-Shamad. Yang Maha Diperlukan.
Al-Qadir. Yang Maha Kuasa.
Al-Muqtadir. Yang Maha Menentukan.
Al-Muqaddim. Yang Maha Mendahulukan.
Al-Mu’akhir. Yang Maha Mengkemudiankan.
Al-Awwal. Yang Maha Awal.
Al-Akhir. Yang Maha Penghabisan.
Az-Zahir. Yang Maha Zahir.
Al-Batin. Yang Maha Batin.
Al-Wali. Yang Maha Menguasai.
Al-Muta’ali. Yang Maha Suci.
Al-Barr. Yang Maha Baik.
At-Tawwab. Yang Maha Penerima Taubat.
Al-Muntaqim. Yang Maha Menyeksa.
Al-‘Afuww. Yang Maha Pemberi Maaf.
Ar-Rauf. Yang Maha Mengasihani.
Malikul Mulk. Yang Maha Menguasai Kerajaan.
Zul Jalali Wal Ikram. Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Al-Muqsit. Yang Maha Mengadili.
Al-Jami’. Yang Maha Mengumpulkan.
Al-Ghani. Yang Maha Kaya.
Al-Mughni. Yang Maha Mengayakan.
Al-Mani’. Yang Maha Menolak/ Menegah.
Ad-Dhar. Yang Maha Memudaratkan.
An-Nafi’. Yang Maha Memberi Manfaat.
An-Nuur. Yang Maha Bercahaya.
Al-Hadi. Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Al-Badi’. Yang Maha Pencipta Yang Baru.
Al-Baqi. Yang Maha Kekal.
Al-Waris. Yang Maha Mewarisi.
Ar-Rasyid. Yang Maha Pemberi Petunjuk.
As-Sobur. Yang Maha Penyabar.

















 






KEBIASAAN

Di kedai makan; kebiasaannya selepas mendiamkan nafsu mempertemukan nafsu dengan kenikmatan, tukang kira menyelitkan sekeping kertas di bawah gelas. Hati bersuara - mahalnya seekor ikan kembung dan seekor keli bakar – sudah naik harga secawan teh o panas? Sudah naik harga sepinggan nasi? Berapa pula harga seketul ayam? Berapa pula harga sesudu sambal belacan? Ke kaunter – bayar juga tanpa persoalkan kenapa mahal.  Di pasar malam; kebiasaan rambutan dan mangga untuk dirasa – pasti manis. Durian yang dibungkus dengan plastik untuk pameran dan tarikan – isi kuning menawan.  Kebiasaannya sesiapa percaya – membelinya. Bila pulang, banyak durian yang isinya bukan kuning, dan busuk pula. Mangga dan rambutan pula masam. Malas mahu dikembalikan durian busuk itu. Mangga dan rambutan dibuang saja. Kebiasaannya si pembeli hanya marah-marah sendiri sahaja. Di kedai runcit; sekilo gula yang sudah siap dibungkus, bila ditimbang semula tidak cukup sekilo. Kebiasaannya kerana sedikit saja tidak cukup sekilo, malas hendak dipersoalkan. Di rumah politik; sang perebut takhta kebiasaannya memaniskan aksara sedang berdusta kepada roh. Dipakainya topeng kuasa. Kebiasaannya marhaen malas berperang dengan dusta – membiarkan dusta menjadi racun, membunuh sang pendusta. Kebiasaan membenarkan akal malas hendak dipersoalkan. Yang dipersoalkan adalah kebiasaan berdusta itu malas hendak dipersoalkan.


Sintok-Jitra




17 Julai 2017








KERANA

Di negara sana yang kering kontang, orang mati KERANA tidak makan. Orang terpaksa makan apa sahaja yang boleh dimakan. Rumput pun orang makan KERANA hendak hidup. Di negara sini  yang bergula, para semut berkerumun. Orang mati KERANA terlebih makan. Benarlah ungkapan semut mati KERANA gula. Di negara sini, orang suka dan memaksa diri makan KERANA ada kedai makan 24 jam. Di negara sini orang tak jemu-jemu makan KERANA ada macam-macam jamuan KERANA mahu sokongan dan pujian. Di negara sini orang buang makanan KERANA terlebih makan dan KERANA tabiat gemar membuang. Di negara sana jutaan tangan menadah makanan KERANA mahu hidup. Di negara sini orang tidak merasa susah KERANA di mana-mana hidup untuk makan dan makan untuk hidup.


Azmi Rahman
Jitra
Julai 2017