17 Mac 2017

SCIM1053 TOPIK 4 dan 7 :SEJARAH  BUDAYA ORANG DI MALAYSIA

Sejarah budaya 3 bangsa di Malaysia (Semenanjung Malaysia/ Malaya)  hendaklah ditelusuri dan dikaji tamadan serta sejarah asal usul bangsa atau orang itu: Melayu, Cina dan  India (termasuk juga Bumiputera di Sabah dan di Sarawak – Borneo).

MELAYU  (Malay): Dua teori asal usul orang Melayu, iaitu teori migrasi orang Melayu berasal daripada Tanah Besar China iaitu Yunan atau tenggara China, sekitar 35,000 tahun lalu (D.G.E. Hall, A History of South-East Asia, 1960). Dua gelombang migrasi orang Melayu; Melayu Proto dan Melayu Deutro. Melayu Proto mendiami pantai Melayu/ pedalaman dan pergunungan. Melayu Proto terdiri daripada Jakun, Orang Laut dan Besisi, disebut juga Orang Asli. Melayu Deutro pula bermigrasi ke Borneo, Jawa, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Ciri-ciri Melayu Deutro; kulit sawo matang, rambut hitam, mata cantik dan hidung tidak mancung. Sedangkan orang Melayu kini, kecuali Melayu Proto bercirikan orang asing – Cina, Benggali, India, Siam, Arab dan Inggeris.

Teori kedua tentang asal usul Melayu oleh Wan Hasim Wan The (1997) – orang Melayu sudah sedia mendiami alam Melayu dan bukan berasal daripada Yunan. Tiada bukti dan ciri-ciri orang Yunan, malahan orang Melayu di alam Melayu berlainan rupa diri daripada orang Yunan. Rumpun Melayu sudah sedia ada di alam Melayu; Melayu-Polinesia yang beragama Islam di Tanah Melayu, Brunei, Jawa, Sumatera, dan Selatan Filipina dan tidak Islam; di Bali, di Sabah, di Sarawak, Kalimantan dan Papua New Guinea.
Budaya sesuatu bangsa atau orang dikatakan memiliki ciri-ciri yang sama, iaitu:
Boleh dipelajari melalui proses sosialisasi, dikongsi oleh sesuatu kelompok masyarakat atau manusia, diwarisi daripada generasi ke generasi, dan mengalami perubahan melalui proses ubah suai, modifikasi, adaptasi, peniruan, ikutan dan asimilasi/ penyerapan budaya.

Budaya dan seni Melayu adalah warisan, asimilasi, sosialisasi, peniruan dan modifikasi budaya atau tamadun lampau dan kontemporari (Inggeris/ Amerika = Barat).
Beberapa kerajaan awal Melayu yang wujud: Langkasuka, Kedah Tua, Chih-tu (Kelantan), Gangga Negara, Melayu, Kalinga, Srivijaya (abad ke-6), Majapahit (1293-1389M), Melayu Melaka (1400-1511M).
Kerajaan Hindu-Buddha di Jawa.

Kerajaan Islam di Melaka: pusat perdagangan, pentadbiran, penyebaran Islam, ilmu dan bahasa Melayu. Warisan Kerajaan Melayu Melaka: gelaran raja, sultan, penghulu, laksamana, bendahara, Tun, dan Datuk.

Sistem sosial pula adalah adat yang diwarisi berbaur animism, Hindu, Hindu+Islam+animisme, dan Barat bercampur aduk dengan Hindu, animisme dan Islam.
Adat Melayu: diikuti atau diamalkan, pantang larang orang Melayu, dan suatu cara hidup atau amalan orang Melayu yang telah lama dikonsepsikan di minda dan praktik harian di alam Melayu.  


15 Mac 2017


SCIM1043 TOPIK 4.3 PEMIKIRAN KREATIF

3 prinsip asas berfikir kreatif berdasarkan pendapat de Bono (1992).

Perhatian atau fokus

Apa yang difikirkan; ciri-ciri, sifat, kategori, corak, analogi, yang boleh dilakukan dan yang diberikan perhatian.

Perubahan

Pemikir kreatif berani melakukan perubahan daripada pola berfikir lama kepada pola berfikir baharu. Pola berfikiran baharu melibatkan unsur masa, tempat, kesan, peraturan, halangan dan pengalaman lalu.

Pergerakan

Idea kreatif bergerak dari satu ke satu idea yang lain. Setiap idea dikembangkan dalam pelbagai dimensi dan cara. Ketepikan sama ada idea itu logik atau tidak.

Contoh: produk – kapsul makanan + minuman (pagi, tengah hari dan malam); ijazah daripada pelbagai universiti (di dalam dan di luar negara), universiti di mana-mana dan di mana-mana universiti (kuliah secara online), 2I 1U (2 tahun di industri dan 1 tahun di universiti), dan penghapusan sijil peringkat sekolah rendah dan menengah – juruskan kepada melahirkan manusia yang pakar dalam sesuatu atau pelbagai bidang.   


14 Mac 2017

SBLM1023 PENULISAN KREATIF

Jenis penulisan:
Ilmiah/ Akademik. Contoh tugasan kursus, makalah jurnal dan seminar.
Popular. Contoh penulisan dalam blog, majalah dan akhbar.
Teknikal/ Berformat. Contoh minit mesyuarat dan laporan.
Kreatif. Contoh puisi (tradisional; pantun, syair, gurindam dan mantera), prosa (cerpen dan novel) dan skrip (drama dan filem).

Bentuk penulisan
: Bercetak dan elektronik (siber). Contoh puisi, novel dan cerpen siber.

Makna penulisan kreatif
: Penulisan yang menggunakan dan memanfaatkan daya imaginasi dan kreativiti dalam penciptaan karya.

Ciri-ciri Penulisan Kreatif:
Teks mengandungi unsur realiti dan imaginasi.
Teks tidak terikat pada format teknikal atau rasmi.
Menggunakan bahasa figuratif atau bahasa indah.
Mencetuskan dan mengikat fikiran dan perasaan (fikir rasa) pembaca apabila teks dihayati.
Bahasa pula tidak terikat pada sistem standard atau baku. Pengarang dikatakan mempunyai poetic license.
Proses Penciptaan Karya Kreatif (4P):
Pengilhaman – bermula cetusan idea atau ilham.
Pengeraman – idea disimpan di dalam minda, dikaji dan diselongkar dengan mendalam.
Penglahiran – idea dipindahkan ke dalam bentuk konkrit; di atas kertas atau di skrin komputer/ telefon pintar. Deraf disediakan untuk semakan dan penilaian.
Pemurnian – penambahbaikan teks; semak cerita, plot, bahasa, latar dan watak.

Pengilhaman: Bagaimana?
Pengalaman diri atau orang lain. Pelbagai pengalaman boleh dijadikan cerita atau diolah menjadi karya.
Pembacaan. Membaca karya hebat pengarang lain.
Penyelidikan. Pengarang mengkaji sesuatu perkara untuk diangkat sebagai karya kreatif.
Pengembaraan. Melihat dunia dan budaya manusia di dunia lain. Meluaskan horizon pancaindera.


Praktikal Mencipta Puisi: Pendekatan FIRM

(Rujuk buku Sastera Siber: Penciptaan & Apresiasi Puisi karya Azmi Rahman, 2016, Sintok: UUM Press, RM27.00)

5 Mac 2017

SCIM1043 TOPIK 4 

CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF (Baca H50-52)

Di dalam sesebuah organisasi atau institusi atau di mana-mana pun, terdapat individu kreatif yang mempunyai ciri-ciri berikut:

     1.Tidak suka bekerja rutin yang terikat dengan masa dan keadaan.
     2. Suka bekerja sendirian atau dalam kelompok yang sama minat.
     3. Bekerja di luar masa kerja biasa atau fleksibel.
     4. Tidak suka formaliti dan mahu bebas.
     5. Tidak suka publisiti.
     6. Berkemampuan mencipta bermacam-macam idea dan karya kreatif.
     7. Suka cabaran tetapi bukan mencabar keegoaan diri.
     8. Suka kerja yang khusus dan tidak suka banyak kerja.
     9. Tidak suka jawatan tetapi mahu menjadi insan kreatif.
     10. Suka pendedahan untuk meluaskan pandangan dan cetusan idea. 
     11. Suka berkhayal, berimaginasi dan lakukan hal sendiri.
       12. Mempunyai ilmu sama dala formal atau tidak formal mengenai bidang kreatif.

TAHAP PROSES KREATIF

1.   Idea – Bagaimanakah idea diperolehi? Spontan atau dalam mimpi? Cara lain adalah melalui pemerhatian, pengalaman, kajian dan pembacaan. Apakah idean yang dikatakan baharu?
2.   Pengeraman – Idea disimpan dalam minda. Berfikir dan berfikir …. Apakah sebenarnya idea itu?
3.   Penetasan atau idea dipersembahkan dalam pelbagai bentuk; lakaran, catatan atau tulisan.
4.   Penglahiran karya atau produk atau sistem.
5.   Penambahbaikan karya atau produk atau system setelah disemak, diuji atau digunakan. Apakah kebaikan, kekuatan, dan kelemahan? Bagaimanakah mahu dibaiki, dimurnikan atau ditingkatkan? Proses kreatif berterusan dalam usaha menghasilkan yang baharu dan yang lebih baik daripada sebelumnya.

6.   Contoh makanan dan minuman: pisang goreng bercoklat, bermayonis. Keropok lekor berkeju, sup, masak berlada dan masak lemak. Budu; kosmetik, pracampur dan peket. Minuman: kopi pracampur (4 dalam 1, 11 dalam 1 dan 20 dalam 1). Makanan masa depan: semuanya dalam bentuk kapsul. Sebiji kapsul lengkap untuk sarapan pagi, tengah hari atau malam. Begitu juga kapsul minuman. Alatan teknologi: Telefon pintar aplikasi kreativiti dan inovatif – sebagai penghibur, senjata atau pembunuh, pengacau, hantu, pemudah hubungan sosial, dan perpustakaan maya.



SCIM1053 TOPIK KULIAH DAN BACAAN RUJUKAN

SCIM1053 KOMUNIKASI BUDAYA DAN APRESIASI SENI MALAYSIA

Rangka kursus (Sila rujuk BAHAN RUJUKAN DAN BACAAN TAMBAHAN)

Topik 1 Pengenalan
- Seni dan budaya
- Seni, budaya dan komunikasi
- Kreativiti
(Baca H1-2/ H35-37/ H192-195)

Topik 2 Asas dan Nilai Budaya
- Elemen dan ciri
- Pola budaya
- Dimensi budaya
(Baca H19-34/ H95/ H152-158/ H217-223)

Topik 3 Seni Warisan Budaya
- Sejarah seni dan budaya Malaysia
- Perkembangan: Prakemerdekaan,
Pascakemerdekaan dan kontemporari
(Baca H3-5/ H37-44/ H46-67/ H69-70/ H71-82)

Topik 4 Seni dan Budaya Melayu
- Seni dan Budaya
(Baca H118-135/ H174-178)

Topik 5 Seni dan Budaya Cina
- Seni dan budaya
(Baca H140-144/ H149-151)

Topik 6 Seni dan Budaya India
- Seni dan budaya
(Baca H224- 257)

Topik 7 Hubungan Komunikasi Seni dan Budaya
- Hipotesis Sapir-Whorf
-Silang budaya masyarakat majmuk
(Baca H83-92/ H211-216)

Topik 9 Silang Budaya
- Konsep, fungsi dan prinsip
(Baca H14-18/ H93-94/ H198-201/H271-280)

Topik 10 Kompetensi dalam Silang Budaya
- Komunikasi silang budaya
-Kompetensi: Stereotaip, prejudis, rasisme, etnosentrisme, dan cultural distress.
(Baca H2/ H14-18/ H189-191/ H288/

Topik 11 Etika dalam Komunikasi Silang Budaya
- Kepentingan dan aplikasi dalam industri kreatif.
(Baca H8-14)

Topik 12 Trend dan Isu Apresiasi Budaya dan Seni Malaysia
- Isu-isu terkini
- Isu dan cabaran seni dan budaya
(Baca H5-7/ H95-117/ H135-139/ H145-148/ H159-173/ H179-188/ H196-197/ H202-210/H258-270/ H281-288)

H = Helaian yang bertulis tangan di penjuru bawah kanan setiap helaian. Jika anda mahu merujuk bahan berkenaan, nombor halaman hendaklah seperti pada halaman bahan itu dan bukanlah nombor HELAIAN yang bertulis tangan.
Nota: Anda dikehendaki membaca bahan tersebut berdasarkan topik rangka kursus SCIM1053 bagi melancarkan kuliah, penyediaan  dan pembentangan tugasan.
Disediakan oleh Azmi Rahman, SCIMPA, UUM CAS.



SCIM1043 TOPIK KULIAH DAN BACAAN RUJUKAN

SCIM1043 CRITICAL AND CREATIVE THINKING
                    (PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF)

Topik 1 Pengenalan:
Makna dan kepentingan pemikiran
(Baca H1/ H6)
Topik 2: Asas Pemikiran:Pendapat/ Sebab-akibat/ Soalan/Penilaian
(Baca H1-6)
Topik 3: Pemikiran Kritis
- Makna, penilaian dan strategi
- Mendengar, membaca dan membuat ulasan
(Baca H2/H7-14/ H126-136/ H106-112)
Topik 4 Proses Kreatif: Kreativiti, ciri-ciri, dan tahap-tahap
(Baca H3-5/ H9-24)
Topik 5 Cabaran/ Halangan Pemikiran: Keinginan untuk tahu (curiosity)
(Baca H48-55)
Topik 6 Masalah dan Isu: Kenal pasti masalah dan isu
- Panduan mengekspresi masalah dan isu.
(Baca H137-149)
Topik 7 Penyiasatan Masalah/ Isu
- Langkah/ Sumber/ Kaedah
(Baca H25-47)
Topik 8 Penglahiran Idea: Imaginasi, Keaslian dan Kaedah
(Baca H48-52)
Topik 9 Kritikan
- Keperluan dan kepentingan/ Mengkritik idea
- Aplikasi
(Baca H137-149)
Topik 10 Penilaian Hujah
- Kesalahan menilai kebenaran
- Kesalahan menilai kesahan
- Langkah dan kes
(Baca H56-66/ H70-105)
Topik 11 Resolusi Terhadap Isu
- Langkah 1: Tindakan
- Langkah 2: Penyelesaian masalah
(Baca H113-125)
Topik 12 Berhadapan Idea
- Idea ditolak, khalayak dan idea untuk kebaikan
- Tulisan dan percakapan efektif
- Pembinaan stail
(Baca H126-149)