28 November 2019

PUISI JELIRA

JELIRA*

Kalian di gelanggang merdeka.  Tahun bila-bila pun Malaysia; gelanggang merdeka di helaian musim tahun berapakah? Segmen  Melayu  masih di petak kuasa demokrasi.  Suara sumbang dari gunung; tongkat Melayu mahu dipatahkan dan dialihkan ke petak keadilan. Melayu mahu dibebaskan dari penjara fobia dan trauma antara silu kuasa dan silat wang. Sang demonstran sesat bersorak-sorak – penjahanam bangsa katanya. Oh, dikejutkan halilintar sedar bahawa Melayu itu Islam dan Melayu itu berbahasa dan beradat Melayu. Oh, kalian menjadi pelupa bahawa bahasa Melayu dijelirkan lidah oleh Melayu. Masih tinggal baju Melayu.  Melayu sudah menjadi  1Malaysia, kemudian Malaysia Baharu. Kalian berasa jelira. Ah, ini gunung berapi bangsa, dan gempa bumi negara!  Sekian tahun Interlok diam menjadi gunung berapi. Lava sejarah bangsa mengalir di bawah kawah fakta. Geseran lapisan bangsa dan ideologi, bumi harmoni bergempa. Ah, jangan dibakar api bangsa! Kalian kembali terduduk di kerusi sedar Melayu itu. Sedangkan kalian menjadi pelupa kerana  asyik  mengira bidak-bidak di atas papan kuasa dan harta. Siapa pun belum mentafsir. Meneka lava dan gunung berapi itu mahu meletup.  Maniam sahaja yang mahu berdemonstrasi. Kata kau; sang sasterawan silap menjahit fakta lampau yang sudah terputus benang sejarah keturunan. Ah, kebaikan adalah manisan untuk menarik sang semut menghurungnya – akhirnya kalian pun terbuang dan mati di gelanggang tumpah darah sendiri. Seman itu Melayu; pemuda yang kuat dan keras hati. Menjadi semut Melayu memakan manisan, kemudian membenci kemiskinan dan kebodohan. Ah, Cing Huat menaburkan manisan. Semut Melayu datang. Bidak kuasa boleh membeli ekonomi atau ekonomi boleh meracuni kuasa? Maniam kuli di kebun kelapa dan di kebun getah. Masing-masing menganyam daunan mimpi di mesra lidah ibunda. Seman tidur di atas bantal kemiskinan. Daunan mimpi terbang ditiup angin  buta huruf. Cing Huat tidur di atas bantal aksara duit dan frasa untung. Mimpi mahu menukarkan  warna pelangi bukan lagi milik Syaitan Putih. Maniam masih tidur di atas bantal kosong. Daunan getah kering yang berterbangan di ruang diri rendah. Mimpi hanya untuk mewarnakan ruang kosong dengan sedikit denyut nafas. Interlok versi 1Malaysia, pun Malaysia Baharu. Oh, Cing Huat  masih mahu bangkit – lena berbantalkan petak-petak Malaysia – belum diisikan dengan wang.  Seman – leka mengasap kemenyan; berasap Melayu dan mencium keris yang diperlimau. Dalam khayal, petak-petak kuasa dialihkan ke tangan syaitan. Menjual genggam kuasa untuk membeli tiket ekonomi. Menjual tiket ekonomi, menggadai gelanggang kuasa!  Seman, apa lagi yang kau miliki? “Ini sulat tanah kebun, ini sulat tanah sawah, ini sulat tanah kampong.” (hal. 55) …ini sulat hutang.” (hal. 56)…masa bodoh lu punya fasal (hal. 89).

Azmi Rahman, Jitra- UUM Sintok.

*Jelira bermaksud meresap ke seluruh tubuh badan

SUBTPOIK MAKALAH INTERLOK DPKA 2019 DAN DTW

“INTERLOK: MANIFESTASI  REALITI MASYARAKAT”

Tuan-tuan/ puan-puan, asalnya apabila diundang sebagai pemakalah, untuk mengangkat SN Abdullah Hussain, daripada Kedah, saya bercadang untuk membincangkan novel IMAM yang tebalnya 705 halaman, yang memenangi hadiah pertama bagi Hadiah Novel Nasional  Utusan Melayu – Public Bank 1992/1994 sempena mengenang Allahrayham Pak Sako dengan melihat IMAM dari kaca mata teori perubahan manusia/ masyarakat.

Namun, akhirnya saya memilih novel INTERLOK atas alasan isu dalam INTERLOK lebih dekat dengan isu perpaduan dan penyatuan bangsa Malaysia – Melayu, Cina dan India yang tiada kesudahannya, dan masih diperkatakan oleh warga Malaysia. Alat penyatuan bangsa Malaya seperti yang dinyatakan oleh Abdullah Hussain dalam INTERLOK adalah BAHASA Melayu. Saya fikir, makalah ringkas ini adalah cetusan idea peribadi saya berdasarkan ilmu saya yang terbatas yang Allah berikan kepada saya. Mohon tuan-tuan dan puan-puan bantu mana-mana kelemahan dan kekurangan yang ada. Insya-Allah.

Makalah “INTERLOK: MANIFESTASI  REALITI MASYARAKAT” mengandungi subtopik berikut:  

1.      Mukadimah (rujuk Lampiran) (hal. 2)
-          Abdullah Hussain sebagai SN melalui pengalaman kerjaya yang pelbagai – penjaga stor, pengarang, kerani, polis, pengurus, editor, pegawai bahasa, ketua bahagian, dan karyawan tamu UKM.
-          Pengalaman ini mewarnai hidupnya sebagai pengarang yang menjiwai masyarakat  di tempat dia berada.
-          Genre karya pelbagai: Novel, 16 buah; kumpulan/ antologi cerpen, 11 buah; karya lain – drama, autobiografi, biografi, terjemahan, dan umum.
-          Banyak karya SN Abdullah Hussain menjadi rujukan penting saya, misalnya Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, cerpen-cerpen dan novel.

2.      Empat Buku dalam Interlok (hal. 2)
-          Interlok dibina jelmaannya dalam susunan yang kelihatan terpisah-pisah
-          Buku Satu: Keluarga Seman, tentang orang Melayu
-          Buku Dua: Keluarga Cing Huat, tentang orang Cina
-          Buku Tiga: Keluarga Maniam, tentang orang India
-          Buku Empat: Interlok, tentang perpecahan yang menjadi penyatuan ketiga-tiga bangsa di Malaya/ di Tanah Melayu; latar masa sekitar 1910 hingga kemerdekaan Malaya. Gambaran perpaduan; 8 bukti dalam Interlok (i hingga viii – hal. 4).
-          Perincian lengkap setiap Buku: Satu, Dua, Tiga dan Empat dalam Interlok .... bermula dengan peribahasa Melayu, Cina, India dan slogan nasional.
-          Baca halaman berkenaan ... (hal.2 – 4)

3.      Kontroversi Interlok (hal. 4)
-          Berdasarkan penelitian terhadap sumber bercetak dan elektronik, Interlok mencetuskan kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya orang India
-          Kontroversi yang dicetuskan, antaranya dikatakan bahawa novel ini mengungkapkan  secara tersurat dan tersirat perihal stereotaip negatif  bangsa Melayu, Cina dan India yang boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak muda untuk menjarakkan perpaduan bangsa.

4.      Manifestasi realiti masyarakat (hal. 5)
-          Bahagian ini membincangkan teori sosiologi sastera yang digunakan bagi membincangkan novel Interlok.
-          Interlok mengungkapkan hal masyarakat di Malaya. Justeru, sosiologi sastera boleh dijadikan alat untuk membicarakan hal berkenaan.
-          Sastera dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Justeru, karya sastera dikatakan refleksi atau cerminan masyarakat.
-          Antara tokoh yang membicarakan teori sastera di Barat, di Indonesia dan di Malaysia adalah, misalnya Jadhav, Laurenson dan Swingewood, Jakob Sumardjo, Jabrohim, Umar Junus, Ungku Maimunah, Ali Ahmad, Mana Sikana, dan Khairol Anuar (baca hal. 5-6).

5.      Realiti sosial dalam Interlok (hal. 6)
-          Realiti dalam Interlok adalah realiti orang Melayu, Cina dan India sekitar 1900-an hingga Malaya merdeka. Namun latar masa boleh ditambah hingga kini. Orang Melayu tetap dikatakan malas dan banyak mengharap. Orang Melayu bekerja makan gaji. Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar. Orang Cina rajin bekerja dan berusaha untuk memajukan diri dan generasi bangsanya. Orang Cina menguasai ekonomi dan perniagaan. Mereka tinggal di bandar. Orang India, pun dikatakan malas. Bekerja sebagai kuli estet dan ladang; tinggal di kawasan estet atau kebun getah/ ladang.
-          Semangat ketiga-tiga bangsa ini, tebal dengan kebangsa-bangsaan – Melayu tetap Melayu – mahu jaga agama Islam, budaya, adat istiadat dan raja-raja Melayu.
-          Orang Cina dan India pun sama – pertahankan budaya, pendidikan dan adat istiadat masing-masing. Tidak mahu terima budaya bangsa lain (hal. 6)

6.      Isu dipolitikkan kaum India (hal. 6)
-          Migrasi orang India ke Tanah Melayu (ke Pulau Pinang) dari India Selatan sekitar 1910.
-          Isu Paria (hal. 7), itu kasta terkebawah masyarakat India: sedangkan realitinya kasta pariah/paria memang wujud. Bacalah kamus-kamus besar dunia (hal. 8) ada entri kata pariah.
-          Isu perwatakan orang India; malas dan suka minum tuak (todi)
-          Isu penipuan dan poligami – Maniam beristeri dua (Ambika di India dan Malini di Tanah Melayu)

7.      Isu yang tidak dipolitikkan? (hal. 7)
-          Isu orang India dipolitikkan dan diriuhkan oleh orang India. Isu orang Melayu dan orang Cina, didiamkan sahaja.
-          Isu orang Melayu: Melayu kata Melayu malas dan bodoh, didiamkan sahaja. Cina (Cing Huat = Cina Panjang) seperti berkata kepada Melayu “... masa bodoh lu punya fasal ...” (hal.9)
-          Orang Cina perlekehkan orang Melayu (hal. 7)
-          Orang Cina tidak peduli perjuangan orang Melayu – pertahankan adat, budaya dan raja-raja Melayu (hal. 10). Orang Cina fikir “mahu cari makan”. (hal. 8)

8.      Estetik karya versus amarah politik (hal. 8)
-          Estetik atau keindahan karya adalah subjektif sifatnya.
-          Estetik Interlok dilihat secara keseluruhan novel Interlok, buku demi buku/ bab demi bab Interlok atau sudut mana yang dilihat oleh pembaca atau penilai karya.
-          Karya sastera adalah karya sastera; bukan boleh diubah-ubah sewenang-wenangnya mengikut kehendak pembaca.
-          Isu juga apabila setelah 40 tahun Interlok diterbitkan (1971), baharu diriuhkan dan dikontroversikan oleh orang India. Isu politik di sebalik bantahan itu...
-          4 SN mempertahankan Interlok: SN Muhammad Haji Salleh, Shahnon Ahmad, Anwar Ridhwan dan Noordin Hassan (hal. 8).

9.      Kesimpulan (hal. 9)
-          Interlok, karya kreatif dan fiksyen – manifestasi realiti masyarakat Malaya; Melayu, Cina dan India sekitar 1900-an hingga 1957.
-          Karya kreatif, Interlok mengisi juga fakta sejarah yang tidak boleh dipadamkan – migrasi orang Cina dan India ke Malaya, serta falsafah, perwatakan dan jati diri setiap bangsa yang hidup di bumi Tanah Melayu.
-          Benarlah pandangan Jakob Sumardjo “sebuah novel selalu berlangsung di suatu masyarakat manusia tertentu.
-          Realiti masyarakat juga meskipun kelihatan terpisah-pisah ketiga-tiga bangsa utama di Tanah Melayu (Melayu, Cina dan India), akhirnya mengarah juga realiti perpaduan dan penyatuan bangsa yang mahu dinamakan Bangsa Malaya (kini Bangsa Malaysia).
-          Inilah pemikiran futuristik SN Abdullah Hussain dalam hal penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia.

10.  Rujukan (Sila lihat dan baca) (hal. 9)

11.   Lampiran: Biodata Abdullah Hussain, Sasterawan Negara ke-8, pada tahun 1996. (hal. 11-13)

Berlian wajahnya perada kumba,
Sekian seadanya daripada hamba.

Delima selasih,
Terima kasih.

Assalamualaikum.
Azmi Rahman

4 Mac 2019

PUISI

kumpulkan segala daun puisi
kumpulkan segala akar puisi
dari segala bukit segala gunung
mahu bakar daun-daun itu
asap kemenyankan tujuh hari
tujuh malam mahu asahkan
akar-akar itu di muka batu
asahkan air puisi akan keluar
sapukan asap puisi bersama kemenyan
ke muka minum air puisi itu
tiga kali sehari
mulakan bismillah akhirilah
alhamdulillah puisi itu
jadi penawar segala penyakit
pelepas segala rasa
tiupkan pada angin lalu cecahkan
awan menjamah pusat alam
selami laut puisi cerita segala benua manusia
dan kemanusiaan puisi panas puisi cinta
sekali sekala kita tak perlu tahu sedut asap puisi
perlu minum air puisi
meski pahit semburkan dari diri
pui pui pui pui
kita akan rasa orang akan
rasa isi itu isi isi dari itu.

Azmi Rahman
UKM Bangi (1984)
Dalam Kumpulan Puisi Sebelum Musim Berakhir (Grupemuisi UKM, 1984)

PENCIPTAAN PUISI : PENDEKATAN FIRM
Azmi Rahman

Apa itu FIRM?

Ramai yang beranggapan bahawa sukar menghasilkan puisi. Anggapan umum ialah puisi dihasilkan oleh sasterawan atau mereka yang mempunyai ilmu kesusasteraan, khususnya ilmu puisi. Malahan kita sering mendengar bahawa menulis puisi adalah kerja yang sukar dan tiada idea untuk menulis puisi. Benarkah anggapan itu?
Berdasarkan pengalaman saya, lebih 30 tahun terlibat dalam dunia penciptaan puisi, sebenarnya mencipta puisi adalah mudah. Di peringkat awal penglibatan saya dalam dunia puisi, inilah pendekatan atau teknik yang biasa saya gunakan dalam penciptaan puisi. Malahan sehingga kini, ada puisi, misalnya “WAWASAN PELADANG DI ATAS PETA P.E.L.A.D.A.N.G” (Lihat Lampiran A) yang masih saya gunakan pendekatan yang saya namakan singkatannya ialah FIRM.

F = Fokus
I = Idea
R = Rekonstruksi
M = Murnikan

Fokus (F) bermaksud penyair memberikan tumpuan terhadap kata atau frasa yang dikenal pasti, misalnya kata CINTA, BAPA, IBU, KAHWIN, dan BAHAGIA.  Fokus kepada makna kata tersebut dan makna huruf-huruf dalam kata tersebut.
Idea (I) boleh juga dinamakan ilham atau pemikiran yang terakam di dalam minda penyair. Idea biasanya terkepung  di dalam ruang makna kata itu. Jika CINTA, tidak mungkin idea penyair tentang makan nasi dengan ulam-ulaman atau bermain bolasepak. Biasanya kata CINTA, ideanya berkisar tentang kasih sayang, kemanjaan, rindu dan ketuhanan. Idea (I) juga ada kaitan dengan emosi penyair yang dijelmakan dalam puisi, misalnya tenang, semangat, marah dan suka.
Rekonstruksi (R) bermaksud penyair mengubahkan, menambahkan, menggugurkan atau mencantumkan kata atau baris dalam puisi untuk menjadikan puisi itu lebih baik dan puitis. Ada ketikanya di peringkat rekonstruksi ini Idea (I) dan judul puisi berubah.
Murnikan (M) pula bermaksud penyair murnikan keseluruhan puisi itu, termasuklah aspek bahasa, ejaan, susunan baris, urusan idea atau isi puisi, dan judul puisi.

PRAKTIKAL PENCIPTAAN  PUISI: PENDEKATAN FIRM
MEMBINA UNGKAPAN BERDASARKAN HURUF DALAM PERKATAAN:
Contoh: CINTA
Proses pertama (P1)
*Judul puisi: Belum ada judul lagi
*Setelah selesai proses ketiga (P3), diberikan judul tentatif puisi yang sesuai.
Setiap baris hendaklah sekurang-kurangnya (3) tiga patah perkataan.
C_____________________________________________________________(B1)
I_____________________________________________________________ (B2)
N_____________________________________________________________(B3)
T_____________________________________________________________(B4)
A_____________________________________________________________(B5)

Proses kedua (P2) – Judul tentatif puisi dapat diberikan.
Susun baris mengikut urutan idea dalam puisi. Kedudukan baris akan berubah. Di peringkat
ini berlaku penghilangan urutan huruf dalam kata CINTA.
C___________________________________________________________    (B    )
I_____________________________________________________________ (B    )
N____________________________________________________________  (B     )
T____________________________________________________________  (B     )
A____________________________________________________________  (B     )
Nota
B = Baris

Proses ketiga (P3) – Judul puisi sebenar dapat diberikan.
Di peringkat P3, idea puisi dikembangkan, berlaku penambahan atau pengurangan kata dan baris serta penghilangan urutan huruf dalam kata CINTA. Kemungkinan akan terbina rangkap baru.
Judul puisi: _________________________________________________________________

___________________________________________________________ _____ __________ 
___________________________________________________________________________
_____________________________________________________________ _____________
___________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ______________
__________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ______________
___________________________________________________________________________
____________________________________________________________ _______________

___________________________________________________________________________

Contoh binaan baris dalam puisi di peringkat P1
Perkataan: CINTA
P1
C = Cahaya bersinar di matamu (B1)
I = Indahnya bagai kejora (B2)
N = Naluri cinta menebal di hati (B3)
T = Tiada harga yang dapat kubayar (B4)
A = Akhirnya aku pasrah kepada-Nya (B5)
P2
N = Naluri cinta menebal di hati (B3)
 C = Cahaya bersinar di matamu (B1)
 I = Indahnya bagai kejora (B2)
 T = Tiada harga yang dapat kubayar (B4)
 A = Akhirnya aku pasrah kepada-Nya (B5)
P3

Judul puisi:  NALURI CINTA

Naluri cintaku menebal di hati
Tiada siapa pun  tahu
Kulihat cahaya bersinar di matamu
Indahnya bagai kejora
Tidak tercapai tanganku
Hanya tersentuh sinar di hatiku
Tiada harga dapat kubayar
Kerana itu bukan milik aku
Ya Rabbi, aku pasrah kepada-Mu.

Nama penyajak (Azmi Rahman)
Nama tempat (Jitra)
Tarikh/Bulan/ Tahun: X/Y/ABCD

Catatan:

1.      Di peringkat P1, Idea asalnya terungkap dalam lima baris berdasarkan huruf CINTA.
2.      Di peringkat P2, kedudukan baris sudah berubah apabila baris-baris direkonstruksikan.
3.      Di peringkat P3, judul puisi diberikan. Rekonstruksi baris berlaku, bahasa dan kata dimurnikan serta ditambah menjadi sembilan baris.

       Selepas P3, kemungkinan berlaku lagi Rekonstruksi dan Murnikan lagi puisi itu.
5.      Kata lain yang boleh dijadikan Idea puisi, misalnya SINTOK, SUNGAI, ALAM, IBU, BUKU, UNIVERSITI, GURU, PERPUSTAKAAN, dan IMAN.

6.      Seterusnya kita cuba menulis puisi berdasarkan huruf-huruf dalam dua atau lebih patah perkataan; misalnya PERPADUAN MERDEKA, RINDU KASIH ASMARA, KERANAMU MALAYSIA, PERJUANGAN TEGUH ABADI atau jika mampu berdasarkan huruf A hingga Z.
7.      Jom kita menulis puisi!
B = Baris

Praktikal Penciptaan Puisi 2: SINTOK
Proses pertama (P1)
*Judul puisi: Belum ada judul lagi
*Seteleh selesai proses ketiga (P3), diberikan judul tentatif puisi yang sesuai.
Setiap baris hendaklah sekurang-kurangnya (3) tiga patah perkataan.
S_____________________________________________________________(B1)
I_____________________________________________________________ (B2)
N_____________________________________________________________(B3)
T_____________________________________________________________(B4)
O_____________________________________________________________(B5)
K_____________________________________________________________ (B6)

Proses kedua (P2) – Judul tentatif puisi dapat diberikan.

Susun baris mengikut urutan idea dalam puisi. Kedudukan baris akan berubah. Di peringkat
ini berlaku penghilangan urutan huruf dalam kata SINTOK.

s___________________________________________________________    (B    )
I_____________________________________________________________ (B    )
N____________________________________________________________ (B     )
T____________________________________________________________ (B     )
o____________________________________________________________ (B     )
K ____________________________________________________________ (B     )

Nota
B = Baris
Proses ketiga (P3) – Judul puisi sebenar dapat diberikan.

Di peringkat P3, idea puisi dikembangkan, berlaku penambahan atau pengurangan kata dan baris serta penghilangan urutan huruf dalam kata SINTOK. Kemungkinan akan terbina rangkap baru.

Judul puisi: _________________________________________________________________
___________________________________________________________ _____ __________ 
___________________________________________________________________________
_____________________________________________________________ _____________
___________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ______________
__________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ______________________________________________________________________________
____________________________________________________________ _______________

___________________________________________________________________________
Praktikal Penciptaan Puisi 3: KERANAMU MALAYSIA

Proses pertama (P1)
*Judul puisi: Belum ada judul lagi
*Seteleh selesai proses ketiga (P3), diberikan judul tentatif puisi yang sesuai.
Setiap baris hendaklah sekurang-kurangnya (3) tiga patah perkataan.

K_____________________________________________________________       (B1)
E_____________________________________________________________       (B2)
R_____________________________________________________________       (B3)
A_____________________________________________________________        (B4)
N_____________________________________________________________       (B5)
A_____________________________________________________________      (B6)
M_____________________________________________________________      (B7)
U_____________________________________________________________      (B8)

M_____________________________________________________________     (B9)
A_____________________________________________________________      (B10)
L_____________________________________________________________      (B11)
A_____________________________________________________________      (B12)
Y_____________________________________________________________      (B13)
S_____________________________________________________________       (B14)
I______________________________________________________________      (B15)

A______________________________________________________________     (B16)

Proses kedua (P2) – Judul tentatif puisi dapat diberikan.

Susun baris mengikut urutan idea dalam puisi. Kedudukan baris akan berubah. Di peringkat
ini berlaku penghilangan urutan huruf dalam kata KERANAMU MALAYSIA.

K_____________________________________________________________ ­­­         (B    )
E_____________________________________________________________          (B    )
R_____________________________________________________________          (B    )
A_____________________________________________________________          (B     )
N_____________________________________________________________          (B     )
A_____________________________________________________________          (B     )
M_____________________________________________________________          (B     )
U_____________________________________________________________          (B     )

M_____________________________________________________________        (B     )
A_____________________________________________________________         (B     )
L_____________________________________________________________         (B     )
A_____________________________________________________________        (B     )
Y_____________________________________________________________         (B     )
S_____________________________________________________________          (B      )
I______________________________________________________________         (B      )

A______________________________________________________________        (B      )

Nota
B = Baris

Proses ketiga (P3) – Judul puisi sebenar dapat diberikan.

Di peringkat P3, idea puisi dikembangkan, berlaku penambahan atau pengurangan atau pengguguran kata dan baris serta penghilangan urutan huruf dalam kata-kata KERANAMU MALAYSIA. Kemungkinan akan terbina rangkap-rangkap baru.

Judul puisi: _________________________________________________________________

___________________________________________________________ _____ __________ 
___________________________________________________________________________
_____________________________________________________________ _____________
___________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ______________
__________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ______________
___________________________________________________________________________
____________________________________________________________ _______________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Contoh aplikasi P1

Proses pertama (P1)
*Judul puisi: Belum ada judul lagi
*Seteleh selesai proses ketiga (P3), diberikan judul tentatif puisi yang sesuai.
Setiap baris hendaklah sekurang-kurangnya (3) tiga patah perkataan.

Kemuafakatan kental atas nama semangat     (B1)
Eratkan cinta bersama     (B2)
Rahsia warga negara tercinta      (B3)
Aura perjuangan bangsa diteruskan      (B4)
Niat suci bersemadi di sanubari       (B5)
Abadi persembahan penuh penghayatan    (B6)
Menjadi bagai serai serumpun      (B7)
Umat sejahtera dinikmati bersama      (B8)

M_____________________________________________________________     (B9)
A_____________________________________________________________      (B10)
L_____________________________________________________________     (B11)
A_____________________________________________________________     (B12)
Y_____________________________________________________________     (B13)
S_____________________________________________________________     (B14)
I______________________________________________________________    (B15)

A______________________________________________________________   (B16)

Merdeka! Merdeka! Merdeka! (B9)
Aura pengorbanan dalam genggaman tangan bersama (B10)
Luahan rasa hati menguatkan ikatan (B11)
Abadilah  roh suci para pejuang (B12)
Yang sanggup berkorban demi maruah negara (B13)
Semangat kita tidak luntur (B14)
Ikatan teguh benteng keamanan (B15)
Akulah anak Malaysia yang merdeka!  (B16)

Nota:

1.      Judul puisi belum diberikan lagi.
2.      Kedudukan baris masih kekal.
3.      Kata-kata dan ungkapan dalam baris belum dimurnikan lagi (P2 dan P3).
4.      Binaan rangkap berdasarkan huruf-huruf dalam dua kata ini boleh dijadikan dua buah puisi berasingan dengan judul berbeza bergantung kreativiti penyair.
5.      Penyair hendaklah merujuk kamus untuk mencari diksi yang sesuai, bermakna dan puitis.

 PRAKTIKAL PENCIPTAAN PUISI 3 : KERANAMU MALAYSIA

Proses 2 dan Proses 3 (P2 dan P3)

Arahan:
1.      Susun semula baris-baris dari B1 hingga B8.
2.      Susun semula baris-baris dari B9 hingga B16.
3.      Tambahkan, gugurkan atau cantumkan kata-kata dalam baris berkenaan.
4.      Tulis semula puisi itu menjadikan sebuah puisi baru yang bertenaga dan puitis.
5.      Berikan judul puisi baru anda itu.
6.      Apresiasikan sendiri puisi anda itu atau berikan kepada orang lain untuk proses pemurnian sebelum anda terbitkan puisi itu.
7.      Insya-Allah, anda hargai bakat yang Allah berikan kepada dan anda menjadi penyair yang berpotensi menghasilkan puisi yang baik.

PRAKTIKAL PENCIPTAAN PUISI 3 : Tulislah puisi anda …

Judul puisi: ___________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Nama Penyair: _________________________________________________________________
Tempat puisi dihasilkan:__________________________________________________________
Tarikh:________________________________________________________________________

LEMBARAN PRAKTIKAL PENCIPTAAN PUISI 4: _______________________

Proses pertama (P1) – Kenal pasti kata/ frasa yang boleh dijadikan puisi.

*Judul puisi: Belum ada judul lagi
*Seteleh selesai proses ketiga (P3), diberikan judul tentatif puisi yang sesuai.
Setiap baris hendaklah sekurang-kurangnya (3) tiga patah perkataan.
      _____________________________________________________________ (B1)
      _____________________________________________________________ (B2)
      _____________________________________________________________ (B3)
      _____________________________________________________________ (B4)
      _____________________________________________________________ (B5)
      _____________________________________________________________ (B6)

Proses kedua (P2) – Judul tentatif puisi dapat diberikan.
Susun baris mengikut urutan idea dalam puisi. Kedudukan baris akan berubah. Di peringkat
ini berlaku penghilangan urutan huruf dalam kata/ frasa _______________.

        ___________________________________________________________    (B    )
            _____________________________________________________________(B    )
             ____________________________________________________________ (B     )
             ____________________________________________________________ (B     )
         ____________________________________________________________ (B     )
              ____________________________________________________________ (B     )
Nota
B = Baris. Baris boleh ditambah jika ada keperluan.

Proses ketiga (P3) – Judul puisi sebenar dapat diberikan.

Di peringkat P3, idea puisi dikembangkan, berlaku penambahan atau pengurangan kata dan baris serta penghilangan urutan huruf dalam kata/ frasa _____________________. Kemungkinan akan terbina rangkap baru.

Judul puisi: _________________________________________________________________

___________________________________________________________ _____ ___________
____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________ _______________
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________ ________________
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________ _________________

_____________________________________________________________________________

Nama Penyair: _________________________________________________________________
Tempat puisi dihasilkan:__________________________________________________________
Tarikh:________________________________________________________________________

Katakan kepada diri “Aku boleh mencipta puisi.”
Salam puisi. Puisi memaknakan diri.”
Azmi Rahman,

LAMPIRAN A
WAWASAN PELADANG DI ATAS PETA P.E.L.A.D.A.N.G

14 Februari 1973 adalah tarikh keramat warga peladang
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) didetikkan penubuhannya
lembaran ukiran sejarah membuahkan kemajuan peladang
benarlah LPP adalah “payung kepada peladang” *
di atas landasan padu bergerak gerabak-gerabak pembangunan peladang
pandu arah di atas peta perjalanan peladang yang bernama P.E.L.A.D.A.N.G

Megah wawasan peladang di atas peta P.E.L.A.D.A.N.G
wawasan peladang di atas peta  P.E.L.A.D.A.N.G adalah jalan-jalan panjang
ke destinasi kebanggaan peladang
petak-petak gerak di atas peta P.E.L.A.D.A.N.G
jalan-jalannya adalah simpang siur penuh tanda bersemangat dan praktikal.
 
Tanda P di atas peta adalah Progresif
adalah jalan lurus menuju dan memandu masa depan gemilang
tiada titik atau tanda lampu jalan merah untuk kembali ke ruang silam
arah dituju adalah kemajuan masa depan peladang.

Tanda E di atas peta adalah Ekonomi
adalah nafas gerak milik peladang
dalam minda peladang mahu suburkan petak-petak Ekonomi
Ekonomi
diri, keluarga dan negara
Ekonomi yang membuahkan ranum hasil.
Tanda L di atas peta adalah Ladang milik peladang
luas atau kecil Ladang diusahakan atas nama semangat gigih
hasilnya adalah buah ranum ekonomi kebanggaan peladang.

Tanda A di atas peta adalah Agroindustri yang berkembang
bukan lagi dunia sempit peladang berminda kecil-kecilan
peladang berminda ladang berskala industri
industri memasuki gerbang pasaran nasional dan global.

Tanda D di atas peta adalah Dagang produk milik peladang
Dagang adalah hasil yang mengalir  aura ekonomi
peladang megah menjadi pedagang.

Tanda A pula di atas peta adalah Agroteknologi 
tidak terpisah peladang daripada arus teknologi
menerjah pantas pentas global.

Tanda N di atas peta adalah Negara akan berbangga atas usaha jaya peladang
Negara adalah tanah tumpah keringat dan darah peladang
peta Negara adalah peta P.E.L.A.D.A.N.G

Tanda G pula di atas peta adalah Gagasan nasional
memajukan peladang adalah Gagasan agenda negara
Gagasan negara adalah memajukan Gagasan peladang.

Azmi Rahman
Sintok
Mei 2013
Nota:
* “Lembaga Pertubuhan Peladang adalah payung kepada peladang” adalah ungkapan keramat oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, 19 November 1973)
 
 Rujukan

Faisal Tehrani. (2008). Karya nan indah untuk semua. Kuala Lumpur: Al-Ameen Serve     Holdings Sdn. Bhd.
Hunter, J.P. (1986). The Norton introduction to poetry. New York – London: W.W. Norton &      Company.
Irwan Abu Bakar & Hasimah Harun. (2008). Berkarya di alam siber. Kuala Lumpur: Esastera       Enterprise.
Irwan Abu Bakar & Hasimah Harun. (2003). Kursus kepenyairan e-sastera. Kuala Lumpur:          Kapas Publication.
Kamus Dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lim Swee Tin. (2012). Mendekati seni penulisan kreatif. Seri Kembangan: Citra Kurnia      Enterprise.
Lim Swee Tin. (2014). Penulisan puisi: Kreativiti, praktik & diskusi. Buku 1. Kuala Lumpur:          Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Lim Swee Tin. (2014). Penulisan puisi: Kreativiti, praktik & diskusi. Buku 2. Kuala Lumpur:          Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Lim Swee Tin. (2014). Penulisan puisi: Kreativiti, praktik & diskusi. Buku 3. Kuala Lumpur:          Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mana Sikana. (2004). Proses penulisan kreatif. Singapura: EDN Media.
Mawar Safei. (2014). Inilah karangan saya: Narasi penciptaan cerpen. Bangi: Penerbit UKM.
Marsli N.O. (2013). Jom menulis: Sebuah motivasi penulisan kreatif. Kuala Lumpur: Utusan         Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Dahri Zakaria. (2010). Forum PPS: Permasalahan sastera masa kini, hlm 28-29,       Sastera.Net (versi cetak).
M. Atar Semi. (1988). Anatomi sastra. Padang: Penerbit Angkasa Raya.
Muhammad Haji Salleh. (1984). Pengalaman puisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan                             Pustaka.
Rahman Shaari. (1981). Di sekitar sastera dan kritikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &      Distributors  Sdn. Bhd.
Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, Ahmad Kamal Abdullah &                                     Suhaimi Hj. Muhamad. (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur:                             Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Sohaimi Abdul Aziz. (6 Disember 2012). Teknoteks dan transformasi pengajian kesusasteraan:    mensinergikan sastera, teknologi dan kritikan. Siri syarahan umum pelantikan profesor.      Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Yajuk, Kriey, Citranalis, Mokhtarahman & Azmi Rahman. (2011). Pepohon perteduhan cinta.      Kuala Lumpur: Esastera Enterprise.

Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Latar diri Azmi Rahman
AZMI RAHMAN, nama pena Mohamad Azmi Ab Rahman, mantan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Pernah menerima pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Kerteh, Terengganu. Sek. Menengah Inggeris Tumpat,  Kelantan. Sek. Menengah Kg. Laut, Kelantan. Sek. Menengah Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) B.A (Hons.) bidang Persuratan Melayu/ Stilistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) M.A (Persuratan Melayu). Diploma Penulisan Akademik dari Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dan DBP. Pengalaman bekerja: Guru di Maktab Adabi Terengganu. Tutor. Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik. Universiti Utara Malaysia (1987­-1989). Pensyarah/ Pensyarah kanan. Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, pernah bertugas di Jabatan Bahasa Moden, Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Kolej Sastera dan Sains, UUM. Pensyarah Sambilan subjek Fiksyen Moden Indonesia dan Malaysia (1993/94-1997/1998). Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.  Pensyarah/ Penyelaras/ Ketua Bahagian, Unit Pendidikan Jarak Jauh Universit Utara Malaysia dan Program Sarjana Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari. Mulai 2008 – 2009 menjawat Ketua Unit Bahasa Melayu, Pusat Bahasa, Kolej Sastera dan Sains, UUM. Mulai 2013 hingga 2018, dilantik sebagai Penyelaras Bahasa Melayu, di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UUM. Pengerusi Jawatankuasa Saringan Teknikal UUM Press, dan AJK Jawatankuasa Saringan UUUM, Penilai dan editor buku kreatif dan ilmiah UUM Press. Pengajaran kursus dan penyeliaan tesis/ projek ilmiah: Pengantar Pemikiran, Pengantar Etika, Bahasa Melayu Pengurusan, Pengantar Penulisan, Pengantar Gaya Bahasa, Kesusasteraan Melayu dan Bahasa dan Pemikiran Kesusasteraan Melayu. Bahasa dan Masyarakat. Penyelia projek Sarjana dan latihan ilmiah Program Pengsiswazahan Guru (PPG). Jurulatih kursus kewartawanan di Pusat Kokurikulum UUM (2013 hingga kini). Penerbitan: sajak/puisi dan makalah dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Sastera.Net dan majalah elektronik eSastera.com. Buku puisi bersama; Suara Dari Perbukitan Bangi, Gelombang 1, Gelombang 2, Gelombang 3, Gelombang 4, Manifestasi, Titian 2, Wajah, Di Luar Bingkai Diri, Cetera 94, Kehilangan, Orang Kita, dan Lidah JPM, E-Loka Direktori Penyair Siber Malaysia (bersama, 2012), Mengenang Brirasa (2012), Sajak-sajak Pemenang Sayembara ASASI (2012). E-Loka II (2014). Segenggam Tasbih (ASASI 2014).  Buku puisi persendirian: Daerah Perjalanan, Gema Lembah dan Sebelum Musim Berakhir. Destinasi Ilmu, Budi dan Bakti: UUM Dalam Pantun (2013). E-Loka II: Direktori Penyair Siber Malaysia (2014). Hidangan Aksara: Pantun Melayu (UUM Press, 2015). Horizon Pancaindera : Pantun Rencaman Tema (UUM Press). Munajat Pohon (manuskrip puisi perseorangan, 2015 ITBM & ASASI).  Pantun Peribahasa (manuskrip ITBM & ASASI, 2015). Melintasi Negeri Mimpi (manuskrip puisi perseorangan, 2015). Suara Tanpa Wajah (manuskrip puisi perseorangan, 2015). (Tanpa judul, manuskrip puisi perseorangan, 2015). Mencerap Pancaindera: Gurindam, Syair dan Dikir, manuskrip perseorangan, 2015). Penciptaan Puisi: Pendekatan FIRM (manuskrip, 2015). Buku ilmiah: Kesusasteraan Melayu: Dimensi Bahasa dan Pemikiran. Puisi Siber: Apresiasi Bahasa, Pemikiran dan Unsur Kesiberan (2017). UUM Destined For Eminence, ed. (2012).  Komunikasi-Pemikiran: Dimensi Dalam Dunia Sastera Melayu (bersama Phat, dalam proses editing 2014). Merafak Sembah Menjunjung Kasih (UUM, 2014). Penerbitan karya sastera siber di eSastera.com dan eSastera2u.com: Lebih 1000 rangkap pantun, lebih 300 sajak siber, 150 buah sajen, lebih 50 buah soneta, dan ulasan sajak, bimbingan sastera serta ratusan puisi tradisional. Di eSastera.com: Administrator BIOGRAFI. Prosiding dan seminar: Lebih 35 pembentangan kertas kerja di dalam dan di luar negara. Anugerah/ Hadiah yang diterima. Pemenang Ketiga Sayembara Penulisan Artikel Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981/82. Pemenang Ketiga Sayembara Penulisan Kreatif (Puisi) Antara Universiti, 1983/84. Anugerah Penyair UKM, 1984. Pemenang Pertama Sayembara Penulisan Kreatif, Persatuan Penulis Tumpat (PESISIR), 1985. Anugerah Mengenang Budi GRUPEMUISI UKM, 1990. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Utara Malaysia (1996). Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/ 1999  Kategori Esei / Kritikan Sastera ). Judul Esei ‘Simbolisme Dalam Pantun Percintaan Melayu,’ Diterbitkan dalam Dewan Sastera, Februari 1998, hlm. 13 – 19. Anugerah Perpustakaan Keluarga (Pemenang Pertama) Peringkat Negeri Kedah  Tahun 2000. Anugerah Perpustakaan Keluarga (Pemenang Kedua) Peringkat Kebangsaan, Tahun 2001. Pemenang Pertama Penulisan Esei Q UUM 2007. Pemenang Kedua Pidato Q UUM 2007. Pemenang Kedua Penciptaan Slogan Q UUM 2007 dan 2008. Pemenang Anugerah Penyair Alam Siber (APAS)  2007, Hadiah E-Sastera. Com (HESCOM) 2007. Pemenang Pertama Sayembara Menulis Ulasan Sajak HESCOM 2007. Pemenang Utama Penulisan Sajak Zaman Sial, HESCOM 2007. Pemenang Ketiga Sayembara Penulisan 50 Tokoh Melayu Terbilang, HESCOM 2007. Pemenang Utama Sayembara Penulisan Polemik, HESCOM 2007. Pemenang Utama Sayembara Sajak Hari Ibu 2007, HESCOM 2007. Pemenang Anugerah Penyair Alam Siber (APAS), Hadiah E-Sastera. Com (HESCOM) 2008, pemenang kedua Sayembara 50 Tokoh Melayu Terbilang, juga turut memenangi hadiah sayembara-sayembara pantun, syair, banjir, Pilihan Raya ke-12, dan haiku Melayu di HESCOM 2008 dan HESCOM 2009, Finalis Sasterawan Alam Siber (SAS), Pemenang Utama Anugerah Penyair Siber (APAS), Tokoh Sasterawan Siber 2010 (Pemenang Keseluruhan), pemenang sayembara pantun, haiku dan soneta di HESCOM (2010). Pemenang Keseluruhan HESCOM 2011, Pemenang Kedua Sayembara pantun HESCOM 2011, Pemenang Kedua Sayembara INTERLOK di HESCOM 2011, Pemenang Anugerah Penyair Alam Siber (APAS, 2011). Pemenang Anugerah Pantun Siber 2014 di HESCOM 2014.

E-mel: azmi214@uum.edu.my atau mohazrahman@gmail.com.
Blog:
http://mohazrahman.blogspot.com
Nama blog: TAMAN PANCAINDERA