14 Mac 2016




TOPIK 3 (Perincian Nota)

KESUSASTERAAN PROSA MELAYU TRADISIONAL

Bentuk dan Ciri-ciri
ž Tradisi lisan: Prosa – cerita rakyat: mitos, legenda, cerita binatang, jenaka, teladan, lipur lara
ž Tradisi lisan: Puisi – pantun, mantera, peribahasa, teka-teki, seloka, gurindam, talibun, teromba, syair
ž Tradisi bertulis: Prosa – kesusasteraan rakyat, pra-Islam, kesusasteraan transisi, dan kesusteraan Islam
ž Tradisi bertulis: Puisi – syair, rubai, ghazal, nazam, masnawi, berzanji, dikir dan zikir
ž  Jenis-jenisnya:
¡  Cerita mitos
¡  Cerita legenda
¡  Cerita penglipur lara
¡  Cerita hantu
¡  Cerita teladan
¡  Cerita binatang
¡  Cerita jenaka
ž  Cerita mitos dianggap mempunyai kebenaran  apa yang berlaku pada suatu masa dahulu. Pada ketika itu dipercayai, diajarkan untuk diyakini dan dirujuk sebagai kebenaran mutlak
ž Bersifat suci, berkaitan dgn sistem kepercayaan dan mempunyai konotasi ritual
ž Watak utamanya bukan sahaja manusia tetapi boleh juga binatang, tuhan, dewa dan wira budaya yang biasanya memiliki sifat manusia.
ž  Mitos (myth)ialah suatu cerita dongeng ygang dikatakan pernah terjadi dlm masyarakat. Mitos juga berkaitan dengan asal-usul sesuatu/ kejadian, dan tempat.Contoh:
¢ Mitos Gunung Jerai yg dikatakan kapal membawa Puteri Jerai bertukar menjadi batu apabila ditegur oleh Sang Gedembai
¢ Mitos asal-usul raja-raja Melayu daripada Raja Iskandar Zulkarnain
¢ Mitos nama Melaka berasal daripada nama pokok Melaka
ž  Cerita legenda adalah cerita yang berunsur sejarah berlalu dan dipercayai benar-benar berlaku oleh pencerita dan pendengarnya.
ž Biasanya bercampur aduk antara fakta sejarah dan unsur imaginasi yg dimiliki oleh masyarakatnya. Latar tempatnya benar-benar wujud dan latar masa pula meliputi zaman kontemporari, baru berlalu dan juga zaman lampau.
ž  Cerita kehebatan seseorang tokoh yg dianggap penting dalam sejarah. Dalam cerita berkenaan terkandung fakta dan dongeng semata-mata untuk mengangkat kehebatannya, contoh:
¡  Legenda Si Tenggang (Tanah Melayu/ Sumatera)
¡  Hang Tuah (Melaka), Badang (Sejarah Melayu)
¡  Tun Fatimah (Sejarah Melayu)
¡  Puteri Saadong, Tok Kenali (Kelantan)
¡  Mahsuri , Puteri Jerai, Panglima Hitam (Kedah)
¡  Datuk Bahaman(Pahang)
ž Cerita jenaka ialah cerita rakyat yang mempunyai unsur jenaka atau lucu. Aksi lucu dlm cerita jenaka ditonjolkan oleh watak-watak  tertentu yg dibina oleh masyarakat Melayu
ž Watak dalam cerita jenaka:
¡  Pak Pandir & Mak Andeh
¡  Pak Belalang
¡  Pak Kaduk
¡  Lebai Malang
¡  Si Luncai,
¡  Mat Jenin
ž Gambaran watak-watak cerita jenaka Melayu:
¡  Bodoh-pintar: Pak Pandir mandikan anak dgn air panas; Pak Pandir membunuh gergasi
¡  Bodoh-malang: Pak Kadok (tukar ayam), Lebai Malang (jemputan dua kenduri)
¡  Pintar: Pak Belalang dan Si Luncai
ž Cerita yg tersirat teladan kpd masyarakat. Watak-watak dlm cerita binatang adalah binatang yg dipersonifikasikan (diberi sifat-sifat manusia)
ž Binatang digambarkan boleh berfikir dan bertindak seperti manusia, ada yang  lemah, bodoh, cerdik dan pandai menipu mangsa/ lawannya. Gambaran realiti kehidupan manusia.
ž Oleh itu, sesuatu kisah yg watak-wataknya ialah binatang boleh mengelak isu sensitiviti individu/ masyarakat
ž Contoh cerita binatang:
¡  Anjing dengan bayang-bayang
¡  Perlumbaan arnab dengan kura-kura
¡  Sang kancil dengan  buaya
¡  Sang kancil dengan kura-kura
¡  Sang kancil dengan siput
ž Dalam masyarakat kuno, terdapat satu kumpulan cerita, iaitu kisah berkenaan makhluk yang bukan manusia. Masyarakat  Melayu lama amat biasa dgn cerita penanggalan (tenggelong), langsuir, puaka, hantu bungkus, pelesit, jin, mambang, pocong, dll. Kadang kala  cerita berkenaan bunian/orang halus juga dimasukkan dalam kumpulan cerita hantu. Oleh itu, dalam masyarakat ,tradisi adat/ amalan/ ritual tertentu juga dikaitkan dengan cerita-cerita ini.
ž Cerita yang mempunyai unsur nasihat dan teladan yang kuat (Jamilah, 1993). Oleh itu, terdapat banyak cerita yg menyarankan bahawa ‘yang baik’ itu pasti akan mencapai kemenangan (hukum karma). Sebaliknya yang jahat menerima pembalasan setimpal.
ž Cerita ini biasanya berlegar di sekitar cerita rakyat biasa dalam tradisi lisan dan tulisan.
ž Watak putih/ baik (protagonis) akan bertentangan dengan watak hitam/ jahat (antagonis)
ž Watak putih diberikan sifat-sifat terpuji yang tiada cacat celanya dan keadaan yang sebaliknya pada watak hitam
ž Pembinaan ceritanya berkisar tentang penderitaan/ kesengsaraan watak putih/ protagonis
ž Menanam simpati khalayak terhadap watak putih, misalnya dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah, Si Tenggang
ž Cerita BPBM misalnya, berkisar tentang kehidupan 2 adik-beradik, iaitu BP dan BM. Saudara berlainan ibu (bapa kahwin dua)
ž Walaupun kedua-duanya cantik, tetapi watak BP digambarkan/diberi perwatakan negatif, berbeza dari BM yang rajin, sabar, berbudi bahasa dan lemah lembut
ž Kematian bapa dan kemudian ibunya menyebabkan kehidupan BM bertukar dari kesenangan kepada kesengsaraan
ž Bapanya mati (disengat ikan sembilang)
ž Ibu BM (Mak Labu – dibunuh oleh Mak Kundur ibu BP)
ž Kehidupan BM berubah kerana dikahwini oleh raja, namun watak jahat (BP dan ibunya) masih berterusan di istana sehinggalah akhirnya mereka dihukum oleh raja.
ž Merupakan cerita hiburan ringan masyarakat Melayu. Bertujuan menghiburkan hati setelah penat bekerja siang hari, mengubati kesedihan, keseronokan dsbnya. Cerita lipur lara biasanya berlegar tentang pengembaraan watak wira, percintaan, peperangan, kekecewaan, dan kemenangan.
ž CPL merupakan cerita paling popular dalam kelompok sastera rakyat Melayu, khususnya di Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu.
ž Tema/persoalan utama
¡  Cerita ini berkisar tentang pengembaraan anak-anak raja/ bangsawan yang terpaksa meninggalkan istana atas sebab-sebab tertentu; misalnya kecewa dalam percintaan.
ž Secara umumnya CPL ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian utama, iaitu sebelum pengembaraan, pengembaraan, dan selepas pengembaraan/peleraian
ž Cerita biasanya berakhir dengan kebahagiaan (happy ending)
ž Watak/perwatakan ;
¡  Watak utama - putera/puteri raja
¡  Watak jahat
¡  Watak pembantu – terdiri daripada manusia dan bukan manusia, seperti;
ž bujang selamat/ si kembang cina, nenek kebayan, jin, binatang, dll
ž Contoh:
¡  Hikayat Malim Deman,
¡  Hikayat Malim Dewa,
¡  Hikayat Raja Muda,
¡  Hikayat Awang Sulung Merah Muda,
¡  Hikayat Anggun Cik Tunggal,
¡  Hikayat Terung Pipit,
¡  Hikayat Raja Donan,
¡  Selindung Bulan Kedah Tua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan