7 Mac 2016




TEMBOK  DAN SOMBONG

katamu, tolak tak tumbang. tembok batu sombong itu terlalu kuat. tolak lagi, tak tumbang juga. tolak kuat-kuat lagi, tak tumbang juga. kata orang itu, kuat sungguh tembok itu. kalau begitu, biar angin garang menerpa tembok itu. benar angin itu angin ganas  melawan sombong tembok batu. tidak cukup dengan angin, air deras dilepaskan dari sungai benci  melemahkan sombong tembok. sombong lagi. tolak sekelip mata. tumbang. meratakan tanah menjadi tanah baru. dibina pula tembok lebih kukuh. pastinya ada pula angin dan air deras yang mahu meruntuhkan tembok itu.

azmi rahman
jitra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan