12 Mac 2016





JANGAN KAMU SEBUT NAMAKU LAGI

Jangan kamu sebut namaku lagi
anggaplah aku sudah mati
aku tiada makna dalam hidup kamu
segala apa aku korbankan buat kamu
hanyalah kertas kosong
kamu gumpalkan menjadi sampah


Jangan kamu sebut namaku lagi
memang aku sedih atas perbuatan kamu
mengguriskan hingga terluka hati aku
menangis aku setiap hari
mohon Tuhan berikan kesabaran
aku tahu ini ujian-Mu
aku reda


Jangan kamu sebut nama aku lagi
biar aku pendam saratnya duka
nama aku sudah kamu buang
kerana kamu sudah senang
tapi ingat alam ini tanpa bulan
dan jutaan bintang tidakkan bersinar

Lirik: Azmi Rahman
Lagu:
Penyanyi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan