MERBAHAYA
Katamu, “selepas hujan, jalan cinta itu basah.
berhati-hati memandu kenderaan perjalanan
menuju destinasi rindu.”
Katamu, “ketika musim kemarau,
jalan cinta itu berkerikil tajam.
berhati-hati memandu kenderaan hidup
menuju destinasi kasih.”
Katamu, “berhati-hati di selekoh cabaran.
perlahan-lahan had kesabaran panjang.
tiba ke destinasi pelangi abadi.”
Kataku,”cinta kita sepadu rindu, sepersih kasih,
dan sebudi abadi.”
Jitra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan