14 September 2015



LUKA

Luka itu darah. Dari mata, air mata darah mengalir. Ada ketikanya tidak akan dipulangkan hak. Luka di dada tidak disembunyikan kebenaran. Tidak luka di belakang kerana tidak kelihatan luka dan darah. Luka di tangan, pisau mungkir mengguriskan. Darahnya di depan mata. Luka di hati hanya untuk diri mengerti. Darahnya tidak mengalir ke muara duka. Luka lama dan luka baru di hati, parutnya tinggal juga. Di tangan aku ini ada parut luka. Di hati aku ini ada parut kekal. Luka itu mudah. Luka itu payah sembuhnya. Ah, luka, luka lagi!

Azmi Rahman
Jitra
September 2015


1 ulasan:

  1. setiap org ada luka tersendiri...baik luka dalaman mahupun luka luaran. setiap luka mempunyai cerita yang tersendiri. :) (220726)

    BalasPadam