KETAM
Bapak dan emak ketam menyuruhkan anak-anak
ketam berjalan betul. Anak-anak ketam pula menyuruhkan bapak dan emak ketam berjalan betul. Bapak dan
emak ketam marahkan anak-anak ketam. Anak-anak ketam melawan. Kemudian anak-anak
ketam dikatakan anak derhaka. Bapak, emak dan anak-anak ketam sama sahaja. Guru
ketam menyuruhkan anak murid ketam kencing. Guru ketam kencing berdiri, murid ketam
kencing berlari. Pemimpin ketam menyuruh rakyat ketam jangan salah guna
macam-macam. Pemimpin ketam salah guna kuasa dan salah guna wang. Rakyat ketam
mengikut setia pemimpin ketam. Orang ketam menyuruhkan orang lain berikan
perhatian semasa bercakap. Orang lain pun seperti juga orang ketam menjadi
orang ketam. Orang ketam dalam kelompok orang ketam. Betapa banyaknya orang
ketam di mana-mana. Orang menjadi orang ketam kerana sepitnya.
AZMI RAHMAN
UUM Sintok
UUM Sintok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan