CATDEK
(1)
Saya namakan siri catatan pendek ini, singkatannya ‘catdek.’ Banyak catdek yang ingin saya kongsikan dengan khalayak, juga warga dunia yang menjadi sumber ilham catdek ini. Saya mulakan dengan suatu kisah semasa singgah di sebuah sekolah di Terengganu. Seorang bergelar ‘ustazah’ menghampiri dan berada dalam kumpulan lima orang pelajar perempuan. Ketika itu saya berdiri tidak jauh daripada kumpulan pelajar tersebut. Ustazah itu bertanya kepada para pelajar itu, “Mu ni dok kelas mana?” Jawab seorang daripada pelajar, “Dok kelas 5C ustazah.” Kemudian ustazah itu mengatakan, “Mu ni dok kelas bodo. Kelas budok-budok benok. Mu tengok anok-anok saya, semua berjaya masuk universiti. Panda-panda semua.” Senyap sepi budak-budak itu. Saya tak tahulah apa yang difikirkan oleh mereka. Apabila ustazah itu berlalu, saya menghampiri budak-budak itu. Kata saya, “Takpa dik, jangan dok fikir sangat apa yang ustazah itu cakap. Adik-adik pun boleh berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan bidang bukan akademik. Orang yang cemerlang dan berjaya, bukan hanya dilihat pada akademik atau kelulusan. Banyak lagi aspek kejayaan dan kecemerlangan yang jadi ukuran. Yang penting adik-adik bersemangat mahu menjadi orang cemerlang.” Kemudian, saya berlalu mahu menuju ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan, saya memikirkan bahawa itulah bahananya jika diwujudkan kelas mengikut abjad A, B, C, D dan sebagainya. Abjad-abjad ini menunjukkan perbezaan ketara pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Pihak sekolah sepatutnya memikirkan nama kelas berdasarkan, misalnya bunga, tokoh atau warna.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan