DI WAKAF CHE YEH
(episod dilarang berjual beli)
(episod dilarang berjual beli)
Anda pernah ke Wakaf Che Yeh, di Kota Bharu, Kelantan? Pastinya tidak sah kalau kunjungan anda ke Kota Bharu, tidak singgah ke Wakaf Che Yeh – bazar jualan pelbagai barangan pakaian dan barangan sama ada asli (ori) atau tiruan (tidak ori). Selalunya musim cuti sekolah atau cuti perayaan, Wakaf Che Yeh sesak dengan manusia. Entahlah hairan juga aku apa yang mereka beli di sana? Barangkali pengunjung membeli kain pasang, tudung dan baju batik yang dikatakan murah. Kalau produk gajet, tidaklah murah meski pun bukan yang asli.
Anda pernah singgah di Wakaf Che Yeh pada waktu maghrib? Apabila azan Maghrib bergema, siren dibunyikan oleh tukang siren menandakan jual beli ‘diharamkan’ atau dilarang sehinggalah selesai solat Maghrib (sekitar jam 7.45 malam) atau apabila siren kedua dibunyikan. Sepanjang waktu solat Maghrib, kelihatan penguat kuasa mengawasi gelagat penjual – jika mereka berjual beli dalam tempoh itu, mereka akan dikenakan denda. Aku bertanya kepada penjual di situ, “Berapa dendanya?” Jawabnya, “Ratus rial (ringgit) juga…”
Aku hairan, kelihatan para peniaga (anak-anak muda) yang tidak berbaju sibuk memasang khemah dan menyusun barangan jualan. Di dalam hati aku berbisik, “Ini boleh pula. Kenapa tak kerahkan semua peniaga di situ, bersolat maghrib?” Makcik yang menjual nasi lemak dan Pakcik yang menjual air di tepi jalan, dengan sinis menyatakan, “Yang bunyikan siren pun tak pergi solat.” Aku hanya menyatakan, “Ya ke? Taka pa pula dan tidak diambil tindakan.”
Dalam kes ini, aku pun tak faham hukum apa yang pihak berkenaan pakai. Kalau di Mekah, jelas sebarang aktiviti jual beli dilarang semasa azan solat. Hal ini diberitahu oleh kawan saya yang baharu pulang menunaikan Haji dan Umrah. Saya fikir pihak yang mencadangkan implementasi peraturan/ undang-undang dilarang jual beli semasa solat Maghrib (dan Isyak) hendaklah turun padang mengalami dan melihat sendiri apa yang berlaku di Wakaf Che Yeh.
Aku tersenyum apabila membaca papan tanda “Kota Bharu Bandar Raya Islam.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan