MEMANCING TANPA UMPAN
Saya teringat pesan seorang khatib dalam khutbah Jumaat di Masjid
Sharifah Fatimah, Batu 13 Jitra. Katanya, “Janganlah memancing tanpa umpan.” Perbuatan
itu dikatakan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa hasil. Malahan perbuatan itu
membuang masa. Umpan yang dilekatkan pada mata kail adalah penting dalam usaha
memancing ikan. Tanpa umpan, tiada ikan dapat dipancing. Dalam bab memancing,
teringat saya semasa di sekolah menengah sekitar 1970-an, seorang guru menyatakan “Jangan berikan ikan
kepada seseorang tetapi berikan batang pancing, tali, dan mata kail. Suruh dia mencari
umpan dan pancinglah ikan.” Begitulah
zaman saya bersekolah dan menimba ilmu di universiti, membesar menjadi manusia
serta memanusiakan diri, guru dan pensyarah tidak memberi ikan. Justeru,
pandai-pandailah saya “mencari ikan” untuk hidup dan meneruskan kelangsungan
hidup yang mencabar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan