17 Mac 2017

SCIM1053 TOPIK 4 dan 7 :SEJARAH  BUDAYA ORANG DI MALAYSIA

Sejarah budaya 3 bangsa di Malaysia (Semenanjung Malaysia/ Malaya)  hendaklah ditelusuri dan dikaji tamadan serta sejarah asal usul bangsa atau orang itu: Melayu, Cina dan  India (termasuk juga Bumiputera di Sabah dan di Sarawak – Borneo).

MELAYU  (Malay): Dua teori asal usul orang Melayu, iaitu teori migrasi orang Melayu berasal daripada Tanah Besar China iaitu Yunan atau tenggara China, sekitar 35,000 tahun lalu (D.G.E. Hall, A History of South-East Asia, 1960). Dua gelombang migrasi orang Melayu; Melayu Proto dan Melayu Deutro. Melayu Proto mendiami pantai Melayu/ pedalaman dan pergunungan. Melayu Proto terdiri daripada Jakun, Orang Laut dan Besisi, disebut juga Orang Asli. Melayu Deutro pula bermigrasi ke Borneo, Jawa, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Ciri-ciri Melayu Deutro; kulit sawo matang, rambut hitam, mata cantik dan hidung tidak mancung. Sedangkan orang Melayu kini, kecuali Melayu Proto bercirikan orang asing – Cina, Benggali, India, Siam, Arab dan Inggeris.

Teori kedua tentang asal usul Melayu oleh Wan Hasim Wan The (1997) – orang Melayu sudah sedia mendiami alam Melayu dan bukan berasal daripada Yunan. Tiada bukti dan ciri-ciri orang Yunan, malahan orang Melayu di alam Melayu berlainan rupa diri daripada orang Yunan. Rumpun Melayu sudah sedia ada di alam Melayu; Melayu-Polinesia yang beragama Islam di Tanah Melayu, Brunei, Jawa, Sumatera, dan Selatan Filipina dan tidak Islam; di Bali, di Sabah, di Sarawak, Kalimantan dan Papua New Guinea.
Budaya sesuatu bangsa atau orang dikatakan memiliki ciri-ciri yang sama, iaitu:
Boleh dipelajari melalui proses sosialisasi, dikongsi oleh sesuatu kelompok masyarakat atau manusia, diwarisi daripada generasi ke generasi, dan mengalami perubahan melalui proses ubah suai, modifikasi, adaptasi, peniruan, ikutan dan asimilasi/ penyerapan budaya.

Budaya dan seni Melayu adalah warisan, asimilasi, sosialisasi, peniruan dan modifikasi budaya atau tamadun lampau dan kontemporari (Inggeris/ Amerika = Barat).
Beberapa kerajaan awal Melayu yang wujud: Langkasuka, Kedah Tua, Chih-tu (Kelantan), Gangga Negara, Melayu, Kalinga, Srivijaya (abad ke-6), Majapahit (1293-1389M), Melayu Melaka (1400-1511M).
Kerajaan Hindu-Buddha di Jawa.

Kerajaan Islam di Melaka: pusat perdagangan, pentadbiran, penyebaran Islam, ilmu dan bahasa Melayu. Warisan Kerajaan Melayu Melaka: gelaran raja, sultan, penghulu, laksamana, bendahara, Tun, dan Datuk.

Sistem sosial pula adalah adat yang diwarisi berbaur animism, Hindu, Hindu+Islam+animisme, dan Barat bercampur aduk dengan Hindu, animisme dan Islam.
Adat Melayu: diikuti atau diamalkan, pantang larang orang Melayu, dan suatu cara hidup atau amalan orang Melayu yang telah lama dikonsepsikan di minda dan praktik harian di alam Melayu.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan