14 Mac 2017

SBLM1023 PENULISAN KREATIF

Jenis penulisan:
Ilmiah/ Akademik. Contoh tugasan kursus, makalah jurnal dan seminar.
Popular. Contoh penulisan dalam blog, majalah dan akhbar.
Teknikal/ Berformat. Contoh minit mesyuarat dan laporan.
Kreatif. Contoh puisi (tradisional; pantun, syair, gurindam dan mantera), prosa (cerpen dan novel) dan skrip (drama dan filem).

Bentuk penulisan
: Bercetak dan elektronik (siber). Contoh puisi, novel dan cerpen siber.

Makna penulisan kreatif
: Penulisan yang menggunakan dan memanfaatkan daya imaginasi dan kreativiti dalam penciptaan karya.

Ciri-ciri Penulisan Kreatif:
Teks mengandungi unsur realiti dan imaginasi.
Teks tidak terikat pada format teknikal atau rasmi.
Menggunakan bahasa figuratif atau bahasa indah.
Mencetuskan dan mengikat fikiran dan perasaan (fikir rasa) pembaca apabila teks dihayati.
Bahasa pula tidak terikat pada sistem standard atau baku. Pengarang dikatakan mempunyai poetic license.
Proses Penciptaan Karya Kreatif (4P):
Pengilhaman – bermula cetusan idea atau ilham.
Pengeraman – idea disimpan di dalam minda, dikaji dan diselongkar dengan mendalam.
Penglahiran – idea dipindahkan ke dalam bentuk konkrit; di atas kertas atau di skrin komputer/ telefon pintar. Deraf disediakan untuk semakan dan penilaian.
Pemurnian – penambahbaikan teks; semak cerita, plot, bahasa, latar dan watak.

Pengilhaman: Bagaimana?
Pengalaman diri atau orang lain. Pelbagai pengalaman boleh dijadikan cerita atau diolah menjadi karya.
Pembacaan. Membaca karya hebat pengarang lain.
Penyelidikan. Pengarang mengkaji sesuatu perkara untuk diangkat sebagai karya kreatif.
Pengembaraan. Melihat dunia dan budaya manusia di dunia lain. Meluaskan horizon pancaindera.


Praktikal Mencipta Puisi: Pendekatan FIRM

(Rujuk buku Sastera Siber: Penciptaan & Apresiasi Puisi karya Azmi Rahman, 2016, Sintok: UUM Press, RM27.00)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan